Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yg membacanya,
Setiap kali membaca kisah ni mesti bergenang air mata. Walaupun manusia memang
sering melakukan kesilapan.. mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh
dimaafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yg
dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu
Allah telah memberi akal kepada setiap manusjia supaya boleh menilai, menimbang
dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau
sebaliknya.. terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan, sesal
selamanya...
Kisah Si Kecil Ita..
Suatu hari Ita terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat
letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak
kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu berwarna
gelap, lakarannya jelas. Apa lagi, kanak-kanak ini pun melakarlah...melahirkan
kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana
laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar
ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya
mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru
setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis dibayar, berbatik-batik.
Si bapa yang belum pun masuk ke rumah, terus menjerit, "Siapa punya
kerja ni?". Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari
keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah
lihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan
"Tak tahu...!" Saya tak tahu Tuan..!"
"Duduk di rumah sepanang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si
isteri lagi.
Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.
Dengan penuh manja dia berkata ‘Ita buat ayahhh.. cantik kan !’ katanya
menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Dengan kasih murni seorang anak
yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya
didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak
mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul
tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma
mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang
dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian
dan teramat sedih, namun dia sangat takut. Si bapa cukup rakus memukul-mukul
tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.
Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah
segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil
itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak
kecil calar balar. Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik. Pembantu rumah
memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil
itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja
membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah
mengadu. ‘Sapukan minyak gamat tu!’ balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari
kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik
pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu
juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. ‘Ita demam… ‘
jawap pembantunya ringkas. ‘Bagi minum panadol tu,’ balas si ibu. Sebelum si
ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya
ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita
terlalu panas. ‘Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap’ kata
majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor
mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu
di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
‘Tiada pilihan..’ katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan
kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah
terlalu teruk. ‘Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari
siku ke bawah’ kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar
mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat
dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air
mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran
pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak
menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya
berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu
rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan
menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata…
‘Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat.
Ita sayang abah.. sayang mama.’ katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal
menahan rasa.
‘Ita juga sayang Kak Narti..’ katanya memandang wajah pembantu rumah,
sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis…. ‘Abah.. bagilah
balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan,
macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,’ katanya
bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia
sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..
“Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk
lepaskan geram & marah anda….”
Dipetik dari: Realiti
Alam Perkahwinan
No comments:
Post a Comment