Sunday, June 6, 2010

Saya Sayang Awak

Hari ni kita gaduh.. Saya main2 tak sms dan call awak.. Saja je nk tgk berapa lama sy leh lupakan awk.. Nk buang jauh2 perasaan sy terhdp awak.. Awk risau. Awk sms banyak kali. Dan tepon. Saya jawab mcm biasa. Tapi masih tak reply sms awak..

Hampir sehari saya buat mcm tuh. Majuks ar konon.. haha.. Last skali, saya kalah.. Rindu lah wak.. Saya pun sms awak :) Awak marah. Tapi saya makin syg awak.. Time sy tak reply awak Mcm mcm awak buat.. Saya berjaya buat bodo.. Tak reply sms awak.. Yeayyy! Saya menang..

Tiba2 saya rindu awak.. Tghari ingat nk kuar ngan awak.. Awk ckp kwn awak dh ajak dulu. Saya sedey.. Awak tau saya tak suka.. Awak nk batalkan jumpa member. Saya tau awak syg saya... Saya tau awak takmo buat saya sedey... Tapi, saya nk awak jumpa kawan awak juga.. Sbb saya tau awak appreciate kawan² awak. Dan paling penting...saya percaya kat awak. Yelah. Awak menang..

Tiba2 saya teringat.. Kali pertama jumpa awak.. Jauh. Jauh sgt dari dunia asal kita.. Time tuh, Saya baring.. Penat.. Saya suruh awak baring sebelah saya.. Selamba badak je saya Kali pertama bau perfume awak.. Saya hampir peluk awak.. Geram.. Bau tu.... Sampai mati saya ingat. Awak... Saya sayang awak!!

Saya teringat lagi.. Time kita baru baru bercinta dulu. Cinta yg mcm nak mati. Awak tau tak sehari saya top up Rm30? Pakai sehari plak tu. Pokai je time tuh :p Awak ingat tak kita borak² 3/4 jam sehari.. Siang malam.. Pagi Petang.. Tapi takpa...sbb awak.. Awak mesti ingat kan :) Eeee...tak reti nak malu time tuh. Setahun dah berlalu... Tapi...saya masih gembira.. Sbb dpt dgr suara awak.. Manja.. Loveable.. Sweet.. Awak skrang milik saya.

Dulu².. Ingat tak.. Awak akan pegi public fon call saya hari2. Time tengah hari. Kadang2 kalu awak tak tepon...saya risau giler. Tapi...awak jarang kecewakan saya. Awak.. Saya betul² sayang awak. Janji eh jgn tinggalkan saya....

Sebelum tido... Boleh kira berapa kali kita tak berborak. Walaupun jauh bukan kepalang... Sebab...kita saling menyayangi.. Terima kasih awak.. Saya sayang awak.. Dan saya takkan berhenti ckp Saya sayang Awak.. Saya nak yg terbaik utk awak..

Saya tau...segala yg bermula akan berakhir jugak. Kalu ditakdirkan kita berpisah saya nk awak tau.. awak lah perkara paling manis pernah berlaku dalam hidup saya. Awak jugak lah yang banyak membentuk saya sekarang. Yang banyak kasi saya motivasi bila saya down. Percaya lah.. Saya tak pernah menyesal kenal awak. Saya akan sayang awak sampai bila2. Saya janji kat awak.
Erm... Awak ingat kan. Awak penah janji takkan tinggalkan saya sampai bila-bila. Awak janji takkan kecewakan saya. Awak pun dah anggap saya mcm family awak. Siap kita penah ikrar dan bersumpah... Tapi awak, saya tak harap semua tuh.... Kita semua manusia wak. Cuma boleh merancang Tuhan yg menentukan.

Terima kasih kat awak.....sbb sayang saya. Sebab buat saya lebih menghargai diri saya. Sebab tak penah gagal gembirakan saya.... Awak, Kalau lah ditakdirkan kita putus.. Salah seorang kita pergi dulu Atau Salah seorang kita sudah berubah hati... Saya nk awak tau.. Saya halalkan segala yg saya penah bg awak. Dan saya mintak awak halalkan segala makan minum saya ...walaupun saya tau awak dah halalkan pun... Saya gak nak awak tau.. Awak akan terus berada dalam hati saya Sebab.. Awak lah sahabat saya... Awak lah kawan gado saya... Awak lah buah hati saya... Awak lah keluarga saya... Awak lah soulmate saya... Dan awak lah segalanya bagi saya.. Saya Sayang Awak!!

Tentang Aku

Meniti hari² yang tak pasti sesungguhnya memberikan kita debaran yang nyatanya cukup meresahkan jiwa.. Kita akan berfikir mengenai masa esok dan yang akan datang.. samada baik atau buruk. Semua tu pasti akan bermain di fikiran kita kecuali bagi yang sudah tidak ada jalan dan arah tujunya. Bukan senang mencari kebahagiaan. Apalagi kehidupan bukan sekadar kita kecap hanya utk kita sahaja. Pasti ianya akan melibatkan org lain.. Siapa? Semua org di sekeliling kita.. family.. kawan2.. rakan sekerja.. sesiapa saja...janji mereka yang sering mewarnai kehidupan kita.

Bercakap tentang cinta, ramai juga member2 aku yg suka cerita masalah cinta dorang dkt aku. dorang tanya aku, macam la aku ni terer sgt.. sekadar buat lawak bodo aku reti ar. Cinta2 ni kureeeng sikit.. huhu.

Actually, ntah napa semenjak dua menjak ni aku jd sentimental...lagu jiwang jugak aku layan.. atau dr dulu aku mmg jiwang??? ntah la...aku pun tatau..hehehhe...well, aku simpulkan bahawa inilah manusia.. perubahan itu akan berlaku luaran dan dalam....cuma perubahan tu sahaja sama ada baik atau buruk.. aku??? biarlah jd diri aku. tak mungkin aku nk jd org lain.. kecuali ingin menjadi baiknya seperti org lain. huhu.. aku ni pun bukannya baik sgt.. byk lg kekurangan dlm diri aku ni.

p/s: apabila cinta tlh berbisik kpd makhluk alam ini, mrk akan menghayati dan menghargai betapa bunyi gemersik alunan ombak yg menghempas ke pantai itu adalah satu alunan irama yg memberikan seribu ilham kpd mereka. Lalu mrk akan menulis puisi ttg dirimu wahai ombak, mrk akan duduk di tepian pantai sambil memerhatikan gerakmu yg singgah ke permukaan pantai, kadangkala mrk akan mencecahkan kaki ke gigi air dan cuba merendamkan jemari ke air dan menikmati iramamu.

Thursday, June 3, 2010

Murid maut termakan gam disangka jeli

Demikian nasib seorang murid tahun tiga, Norawatif Azalela, 9, pelajar Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu di sini apabila dia mati dipercayai termakan gam yg diletakkan dla bekas jeli semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengahari, mangsa anak bongsu daripada 3 beradik dikatakan pengsan di dalam kelas selepas memakan gam tersebut yang disangkakan jeli.

Kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Poliklinik Simpang Kuala namun disahkan meninggal dunia di Poliklinik pada pukul 5 petang.

Cerita bapa saudara mangsa, Rosli Ahmad, 40, mangsa didakwa mati selepas dia memakan gam yang diletakkan dalam bekas jeli oleh rakan-rakan sekelasnya dengan niat untuk bergurau.

"Rakan-Rakan Norawatif mendakwa mereka mahu bergurau dengan memasukkan gam yang digunakan untuk menampal buku ke dalam bekas jeli.

"Namun selepas makan gam yang disangka jeli, Norawatif pengsan," kata Rosli ketia ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar semalam.

Katanya, guru yang mengetahui kejadian itu telah membawa mangsa ke surau sebelum dihantar ke Poliklinik.

Bagaimanapun, jelas Rosli, anak saudara gagal diselamatkan dan mayatnya dihantar ke HSB.

Rosli memberitahu, mangsa mempunyai penyakit asma namun buat masa ini, punca kematian sebenar Norawatif belum diketahui.

Sehari sebelum kematiannya, menurut Rosli, mangsa memaklumkan dia tidak mahu ke sekolah kerana tidak sihat.

"Namun dia pergi juga ke sekolah hari ini (semalam) dan sekolah mangsa hanya terletak di hadapan rumah mangsa," katanya.

lamanya x update blog. actually xtau mau tulis apa.. lama x mengarang.. bz dgn kehidupan di dunia realiti..   oh ya.. beberapa bulan lalu, a...