Thursday, June 3, 2010

Murid maut termakan gam disangka jeli

Demikian nasib seorang murid tahun tiga, Norawatif Azalela, 9, pelajar Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu di sini apabila dia mati dipercayai termakan gam yg diletakkan dla bekas jeli semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengahari, mangsa anak bongsu daripada 3 beradik dikatakan pengsan di dalam kelas selepas memakan gam tersebut yang disangkakan jeli.

Kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Poliklinik Simpang Kuala namun disahkan meninggal dunia di Poliklinik pada pukul 5 petang.

Cerita bapa saudara mangsa, Rosli Ahmad, 40, mangsa didakwa mati selepas dia memakan gam yang diletakkan dalam bekas jeli oleh rakan-rakan sekelasnya dengan niat untuk bergurau.

"Rakan-Rakan Norawatif mendakwa mereka mahu bergurau dengan memasukkan gam yang digunakan untuk menampal buku ke dalam bekas jeli.

"Namun selepas makan gam yang disangka jeli, Norawatif pengsan," kata Rosli ketia ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar semalam.

Katanya, guru yang mengetahui kejadian itu telah membawa mangsa ke surau sebelum dihantar ke Poliklinik.

Bagaimanapun, jelas Rosli, anak saudara gagal diselamatkan dan mayatnya dihantar ke HSB.

Rosli memberitahu, mangsa mempunyai penyakit asma namun buat masa ini, punca kematian sebenar Norawatif belum diketahui.

Sehari sebelum kematiannya, menurut Rosli, mangsa memaklumkan dia tidak mahu ke sekolah kerana tidak sihat.

"Namun dia pergi juga ke sekolah hari ini (semalam) dan sekolah mangsa hanya terletak di hadapan rumah mangsa," katanya.

No comments:

lamanya x update blog. actually xtau mau tulis apa.. lama x mengarang.. bz dgn kehidupan di dunia realiti..   oh ya.. beberapa bulan lalu, a...