Kalau kita buat baik dengan orang,
orang itu mungkin tidak berbuat baik pada kita. Kalau kita tolong orang, orang
itu mungkin tidak tolong kita. Tapi yakinlah, satu hari dan satu masa, Allah
akan hantar orang lain yang tidak disangka-sangka yang akan berbuat baik dan
tolong kita.
Pastikan hati kita bersih agar
sentiasa bermotivasi dan terus ke hadapan. Jangan lawan fikiran negatif, namun
penuhkanlah minda dengan aspek positif seperti kegembiraan, keseronokan,
kebahagian, luangkan masa menenangkan fikiran cari kedamaian yang jauh dari
mereka yang berhasad, dengki dan khianat. Semakin banyak kita lawan semakin
banyaklah yang akan kita dapat apa yang kita lawan tersebut.
Sesakit apa yang kau rasakan dalam
hidupmu, setiap kejahatan oleh manusia padamu bukan menjadi alasan bagimu untuk
membalasnya, hadapilah dengan sabar. Jangan biarkan ia melemahkan imanmu.
Kerana Allah SWT sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar dan Allah
sentiasa menolong orang-orang yang lemah dan teraniaya.
No comments:
Post a Comment