Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah...
♥ supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
♥ supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.
♥ supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita.
♥ supaya kita sedar bahawa Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang, kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita di masa hadapan.
♥ supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
♥ supaya kita menjadi manusia yang hebat jiwanya.
♥ supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.
♥ supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.
Wahai sahabat yan kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta.. Fahamilah bahawa kehidupan kita semakin ke penghujungnya. Hari esok kita pun kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
Friday, August 10, 2012
Darah
Hidung aku berdarah lagi...
haiyaa...tried to make it stop tp itu darah degil. Now sumbat sikit guna
tisu...tidak batal puasa bha kan? huhuhu...sumbat ujung2 jak...sudahla darah
kurang, now hidung pn rajin keluarkan darah. dr semalam kepala asek
pening...mayb sebab kurang tido...al maklumlah, nak raya kan...ramai pinjam aku
kemas rumah n pasang wallpaper dorang...insyaAllah malam ni sambung buat tempat
bu noi lg...plan tido d sana jak...so tak payah kabut mo sahur lg..
semalam kami sekeluarga berbuka di
Masjid Bandaran, Likas.. Thanks to mama tua coz sediakan table utk kami... pas
berbuka, terawih kat sana...malam ni insyaAllah p kenduri tahlil arwah pakcik
Pisingan pula. Hopefuly aku dpt bertahan...now pn sdh rasa weak... mana taknya,
sudah ar skrg ni aku sorang jak standby d opiz.. kak lizah cuti, marini lak
cuti bersalin... pening terkejar2 5 buah telefon, mana lg mo atur Talk To
Us...blm lg SMP n report aku yg lain2...aduoiyaaa... tp alhamdulillah, td audit
5S, department kami dpt Cemerlang...last minute punya kerja...tak sangka ble dpt
84.26%...alhamdulillah...
Serangan jantung dan minum air suam
Fakta
ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi
berkenaan Serangan Jantung...
Masyarakat Cina dan Jepun
minum minuman panas ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah
masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.
|
Kepada
sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat
anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas
makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita
makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan.
Sekali gumpalan
minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan
diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal.. Ia akan
selari dengan enzim intestine.. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar
menjadi lemak dan mendorong kepada kanser.Adalah
penting untuk minum sup panas atau air suam selepas
makan.
Petanda Lazim Serangan Jantung Amaran berkenaan
serangan jantung
Anda
seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada
sebelah kiri dada.. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri.
Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung.
Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim.
60%
pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak
boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri.
Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa.. Lebih banyak yang anda ketahui
berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.
Posisi tidur menurut Islam dan Sains
Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع
على شقك الأيمن...
Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu
hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu
baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)
Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-
Tidur dengan meniarap
Dr Zafir al-Attar berkata:
"Seseorang yg tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang
tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gump alan
belakang badan yang besar yang mengh alan g dada daripada meregang dan mengecut
ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan
kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "
Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian
kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan
jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.
Majalah 'Times' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Majalah 'Times' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah
meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki
meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh
Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur
meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya
ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)
Tidur menelentang
Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan
terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.
Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus
yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan
untuk memanaskan udara...
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di
musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan
radang.
Tidur mengiring ke kiri
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit
oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan
pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang
yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke
kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada
usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring
ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara
5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.
Tidur yang terbaik
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru
kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda
yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak
tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk
mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
Rujukan: Mausuah al-I'jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah
Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus.
Moga ada manfaat
Thursday, August 9, 2012
Puasa..Raya...Hidup
Tak lama lagi hari raya menjelma.. InsyaAllah... Persiapan raya?? adalah
buat sket2...kemas rumah macam biasa... kuih tak buat lagi...adik aku cuma ada
buat cookies jak...tapi taklah banyak...
Beberapa hari ni kami sekeluarga banyak abiskan masa tolong kemas2 rumah
arwah nenek di Petagas... aku n dilla psg wallpaper.. n yang lain tolong alih2
barang.. fuhh...penat juga...tapi berbaloi...besh berbuka puasa di
sana...although makanan simple jak, tapi sedap...yang buat sedap, bila ramai2
kumpul berbuka bersama²...
opiz lak...aku makin penat kerja d sini...lebih2 lagi bila disahkan darah
aku makin berkurang, aku makin weak...dah try lawan, tp msh rasa lemah...dah
tua kot...penat asek makan ubat...benda yang aku tak suka makan...n 27 Ogos ni
kena check darah lg...haizzzz...bila la mo abis...inject3...
lately, aku rasa mcm aku teda perasaan sdh...kawan aku dulu (ntahlah sekrang
ni kami msh kawan or tak) cari aku bila perlu jak...sedih kan...aku ikhlas
berkawan, susah senang bersama...tp tataw la mana silapnya, kami jd mcm
stranger...aku juz doakan yang terbaik utk dia...smoga dia berbahagia dengan
family tercinta...
Kawin? ntahlah...ramai tanya aku pasal kawin...tp aku blm terfikir
lagi...jodoh belum sampai, mo buat mcm mana...sana sini tanya aku psl rd, tp
aku pn no komen...kalau ada jodoh kami, adalah...tp kalau tiada, mo buat mcm
mana...kena terima...tp Alhamdulillah, family rd suma ok dgn aku...n aku pn dah
sayang dorang mcm saudara aku sendiri...
04:37pm...aku pn tataw mo taip apa lg...petang ni mama tua ajak berbuka di
bandaran...then terawih di masjid sana..harap-harap sakit semalam tidak
berulang lagi
Abah...Pulangkan tangan Ita
Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yg membacanya,
Setiap kali membaca kisah ni mesti bergenang air mata. Walaupun manusia memang
sering melakukan kesilapan.. mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh
dimaafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yg
dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu
Allah telah memberi akal kepada setiap manusjia supaya boleh menilai, menimbang
dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau
sebaliknya.. terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan, sesal
selamanya...
Kisah Si Kecil Ita..
Suatu hari Ita terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat
letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak
kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu berwarna
gelap, lakarannya jelas. Apa lagi, kanak-kanak ini pun melakarlah...melahirkan
kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana
laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar
ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya
mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru
setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis dibayar, berbatik-batik.
Si bapa yang belum pun masuk ke rumah, terus menjerit, "Siapa punya
kerja ni?". Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari
keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah
lihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan
"Tak tahu...!" Saya tak tahu Tuan..!"
"Duduk di rumah sepanang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si
isteri lagi.
Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.
Dengan penuh manja dia berkata ‘Ita buat ayahhh.. cantik kan !’ katanya
menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Dengan kasih murni seorang anak
yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya
didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak
mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul
tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma
mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang
dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian
dan teramat sedih, namun dia sangat takut. Si bapa cukup rakus memukul-mukul
tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.
Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah
segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil
itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak
kecil calar balar. Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik. Pembantu rumah
memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil
itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja
membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah
mengadu. ‘Sapukan minyak gamat tu!’ balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari
kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik
pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu
juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. ‘Ita demam… ‘
jawap pembantunya ringkas. ‘Bagi minum panadol tu,’ balas si ibu. Sebelum si
ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya
ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita
terlalu panas. ‘Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap’ kata
majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor
mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu
di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
‘Tiada pilihan..’ katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan
kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah
terlalu teruk. ‘Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari
siku ke bawah’ kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar
mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat
dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air
mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran
pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak
menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya
berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu
rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan
menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata…
‘Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat.
Ita sayang abah.. sayang mama.’ katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal
menahan rasa.
‘Ita juga sayang Kak Narti..’ katanya memandang wajah pembantu rumah,
sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis…. ‘Abah.. bagilah
balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan,
macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,’ katanya
bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia
sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..
“Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk
lepaskan geram & marah anda….”
Dipetik dari: Realiti
Alam Perkahwinan
Subscribe to:
Posts (Atom)
lamanya x update blog. actually xtau mau tulis apa.. lama x mengarang.. bz dgn kehidupan di dunia realiti.. oh ya.. beberapa bulan lalu, a...
-
STYLE, LUXURY , an INNOVATIVE DESIGN and above all, SPEED ... These cars have it all and much more. Actually, the most expensive car ...
-
Berdasarkan cerita Back to The Future part 2, kononnya lagi 3 tahun kita akan mula menggunakan kereta terbang macam DeLorean dibawah? M...
-
Lagu : Aduh Saleha Penyanyi : Mawi Komposer : M. Nasir Penulis Lirik : Rosli Khamis ADUH SALEHA [Rintihan ku kpd org-org...