Assalammualaikum.. Risau dengan
keadaan yang berlaku di Sabah sekarang. Seperti yang semua sedia maklum, negeri
Sabah kini berada dalam keadaan kucar kacir dimana tentera kesultanan Sulu dari
Pilipina tidak mahu serah diri dan akan berjuang sehingga mati. Bila
berlakunya peristiwa ni, Sedih..sedih sangat,..apabila sesama umat islam terpaksa
berperang sesama sendiri hingga mengakibatkan pertumpahan darah.
Jujur, rasa tak tenang dengan
pencerobohan ni. Tidur tak lena, pergi mana-mana pun tak tenang. Ada saja
khabar angin mengatakan "tentera sulu" sudah sampai sinilah, sampai
sanalah..sedang bergerak ke Barat, ke Timur...benda ni semua menambahkan
tekanan. I might stay in KK, about 10 hours’ drive to Lahad Datu..but if things
are not handled properly, who knows apa yang akan berlaku..
Ada sesiapa sangka benda ni akan
terjadi di negara kita? Jujur saya katakan, mungkin TIADA. Pada masa-masa
menginsafi diri memohon doa untuk Gaza, tidak terlintas untuk menghadap
kejadian serupa.
Sebak dada dengar berita Para Pejuang
kita yang terkorban. Berjuang mempertahankan negara. Tapi masih ada pihak yang
masih berbalah, menunding jari dan menyalahkan satu sama lain.
HENTIKANLAH
dengan tuduh menunduh...Politik sana, politik sini...
CUKUPLAH...CUKUPLAH...CUKUPLAH...Sukar sangatkah untuk berhenti membawa cerita
politik kalian semua? Itu semua tidak membantu apa-apa. Daripada kita berbalah,
lebih baik kita berkerjasama, bersatu hati mendoakan kesejahteraan negara kita.
Berdoalah agar mereka yang sedang berjuang menggadaikan nyawa demi negara
tercinta mendapat perlindungan dariNYA. Berdoalah agar semuanya berakhir dengan
aman. InsyaAllah. Sesungguhnya DOA adalah senjata orang-orang yang
Mukmin.
Andai kata kami semua terkubur di
sini bersama mereka pejuang negara, kami redha. Kerana kami tahu, mereka sudah
berhabis berjuang memberikan apa yang terdaya, menghabiskan semua kudrat yang
ada.
"Tiap-tiap yang bernyawa akan
merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan
balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke
syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di
dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain
hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya" (ali-Imran: 185)
1 comment:
Semoga segalanya kembali seperti sediakala. Teruskan berdoa dan takziah untuk parajurit-parajurit negara yang telah terkorban.
Post a Comment