Assalamualaikum...
Korang
sedar tak yang kita semua ni ada dua tarikh lahir? Satu tarikh lahir adalah
berdasarkan kalendar Masihi dan satu lagi adalah berdasarkan kalendar Hijrah.
Korang tahu tak bila korang lahir pada tahun Hijrah? Kalau nak tahu, Klik BILA SAYA LAHIR PADA TAHUN ISLAM?
Tarikh
lahir saya berdasarkan kalendar Hijrah ialah 22 Rabiul-Awal 1404 (27 Dis
1983)..
Di bawah ni ciri-ciri personaliti mereka yang lahir
pada bulan Islam mengikut psikologi.
MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika
dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar
cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam
selamat.
SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui
kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu,
jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu,
sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan
mendatangkan hasil.
RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat
pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam
pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar,
hatinya keras dan mudah marah.
RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran
dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat
tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa
menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun
begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang
menemui kegagalan juga.
JAMADIL
AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai
kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia
mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar
terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa
dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya
patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik.
Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu
menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun
hidupnya selamat dan sentosa.
SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya
tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan
kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang
padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah
mendapat rezeki.
RAMADHAN
Dia baik,
pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya.
Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.
SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka
dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya
perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika
tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu
bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada
dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari
nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana
banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya
bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang
memuaskan.
ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu
baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar
mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh
kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan
baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan
kurang pertimbangan.
No comments:
Post a Comment