Siaran TV hari itu sangat menakutkan,
berita terkini memaparkan Malaysia telah di serang, kelihatan gambar
mayat-mayat bergelimpangan di Kelantan dan Johor yang di papar di skrin TV,
gambar jet penceroboh sedang berligar di ruang udara KL dan letupan demi
letupan berlaku.., sebentar kemudian TV padam dan seluruh taman perumahan Black
out.
Kemudian terdengan bunyi tembakan,
ledakkan bom, juga laungan orang menjerit dan menangis di sana sini..
Dalam kegelapan black out, aku
merangkak mencari anak dan isteri, setelah memastikan anak isteri selamat, aku
merangkak pulak pergi mengunci pintu dan menutup semua tingkap, dalam kegelapan
malam bersama kebingitan perperangan, Aku kukuh berpelukan bersama anak beranak
di sudut bilik sepanjang malam..
3 hari kemudian, bekalan makanan di
rumah Aku sudah habis, beras, tepung, biskut, Maggie, dan kacang semua sudah
habis di makan, Aku yang tidak berani nak keluar rumah terpaksa juga keluar
hari ini, sebab anak dah menangis tak nak makan biskut lagi, menangis nak makan
nasi, menangis nak pergi main kat luar dan menangis nak pergi sekolah, lalu
dengan terpaksa, Aku keluar juga dari rumah mencari makanan untuk anak dan
isteri tercinta, walaupun bukan anakku, tapi anak saudara merangkap anak tiri
kerana ayahnya yang merangkap kembarku telah meninggal dunia akibat
kencing manis dua tahun lalu, tapi aku anggap macam anak sendiri, lagipun masih
darah yang sama mengalir dalam tubuh si anak..
Dari luar rumah, Aku terlihat langit
telah menjadi mendung kerana banyaknya asap di sana sini, dan kereta serta
motorku nampaknya sudah hancur berkecai..
Dalam kesamaran pagi, yang dipenuhi
kabus dan asap, namun aku masih tahu meniti jalan menuju kedai runcit
berhampiran, tapi kedai sudah hancur dan di depan kedai di dapati jalan menjadi
begitu tidak rata sekali, bila tersadung dan terjatuh barulah aku perasan jalan
yang tidak rata itu adalah disebabkan mayat mayat yang bergelimpangan, dan aku
yang sudah lama tidak menangis di atas sejadah hari ini telah bercucuran air
mata dengan selebat lebatnya kerana hampir semua mayat itu Aku kenal siapa
tuannya, cikgu sekolah, anak saudara, jiran sebelah,tauke kedai mamak, pelayan
restoren, anak Pak haji, anak pak ngah, ajk surau, pemuda PAS, orang tabligh,
JKK Umno, sipolan sipolan..
Tiba tiba Aku terdengar bunyi
tembakkan lagi, dan aku sempat lari bersembunyi di sebuah tapak pembinaan yang
belum siap, di sana Aku bertemu dengan beberapa kawan yang turut bersembunyi di
situ..
Dari tingkap bangunan persembunyian,
Aku dapat melihat operasi pecah rumah dari tentera penceroboh telah berjalan,
rumah di pecah masuk dan semua penghuni rumah di paksa keluar dan berkumpul di
padang taman permainan yang biasa budak budak main bola, dan aku sangat panic
tapi tak boleh buat apa-apa bila melihat pintu rumahku di tendang tentera
pengceroboh, beberapa askar penceroboh terus masuk dan sebentar kemudian,
terlihat isteri aku di seret keluar dengan di cekak rambut, isteri aku
mengelumpur meronta tapi di sepak dan di terajang membuatkan isteri Aku terus
pengsan, air mata aku terus tumpah apabila melihat anakku juga di layan dengan
cara yang sama kejam..
Tiba tiba berlaku perkara yang lebih
dahsyat, semua orang lelaki yang berkumpul di padang telah di tembak sehingga
mati, anak anak juga di tembak dan di pijak pijak, wanita pula di rogol sebelum
ditembak.., isteri aku juga di rogol dan di tembak di kepala, anak aku juga mati
di pijak..
Beberapa orang kampong yang
bersembunyi mula menjadi hysteria, menjadi gila dan mula mencapai parang lalu
keluar dari tempat persembunyian, terus tentera penceroboh tahu bahawa masih
ada yang hidup, maka peluru di lepaskan, bunyi bom, letupan di sana sini..,
darah bergemercikkan, dan tapak pembianaan yang belum siap itu terus menjadi
hancur berkecai bak padang terkukur.., aku sudah tidak sedarkan diri.
Tak lama kemudian, aku terjaga
dari pengsan, Aku dapati diriku bersama beberapa rakan yang masih selamat,
rupa-rupanya mereka semua selamat melarikan diri buat sementara waktu dan
bersembunyi dalam hutan berdekatan, baru aku perasan, kakiku yang sangat sakit,
bila dilihat rupanya sebelah kakiku telah tiada, dan rupanya aku pengsan akibat
pendarahan teruk terputus kaki akibat serangan pagi tadi, tapi masih ada kawan
kawan yang sempat membantu memapah Aku lari ke hutan, kemudian mereka membalut
lukaku.
Aku menangis, lalu seorang rakan
menghulur ubi mentah, Aku makan dengan rakus dan terus teringat anak anak yang
lapar pagi tadi, dan air mata terus tumpah mengenangkan anak dan isteri telah
mati di bunuh tentera penceroboh, air mata menamkah masin pada ubi mentah yang
sungguh menyelarakan aku yang lapar ini..
Belum sempat aku habiskan makanan,
terdengar lagi bunyi tembakan, darah melimpah membahasi ubi mentah, beberapa
rakan terus mati serta merta akibat kepala berkecai di tembak tentera
penceroboh, Aku campak ubi dan mula merangkak lari tak tahu ke mana, dengan
kaki yang masih berlumuran darah, Aku mengesot sedang telinga bingit terdengar
bunyi letupan dan tembakan..., tiba tiba aku menggulusur jatuh ke sebuah sungai
berdekatan, dalam keadaan kelam kabut aku yang tenggelam timbul cuba menggapai
sebab tak mampu berenang dengan satu kaki...
Akhirnya Aku dapat berpaut pada
sebatang kayu yang hanyut.., oh, rupa rupanya bukan kayu hanut, tapi beratus
ratus mayat yang sedang hanyut ke muara, dan aku bertambah sedih kerana hampir
semua mayat itu aku kenal, dan aku menjerit jerit memanggil nama Allah, apabila
ternampak mayat isteri dan anakku juga sedang hanyut menuju muara..., sungai
telah lama menjadi merah..
Apabila sungai mulai cetek, dengan
susah payah aku tarik mayat isteri dan anakku ke tebing sungai, lalu aku
baringkan mayat isteri di sebalah kanan, dan mayat anak di sebelah kiri sedang
aku berbaring di tengah antara mereka..
Aku berbaring menunggu maut,
kematianku sangat sedih, di saat begini aku teringat dengan kembarku yang pernah
terlantar di hospital atas sebab penyakit yang tidak boleh di selamatkan lagi.
Kencing manis tahap kritikal. Kakinya di potong, tapi tak sesedih aku, sakitnya
di ziarahi kawan kawan, majikan serta saudara mara yang datang mengucapkan
salam terakhir, siap makan anggur dan layan Facebook, malahan, segala
permintaan arwah yang logik-logik telah dipenuhi oleh isteri dan keluarga,
namun arwah masih rasa terkilan dihati sebab rumah yang baru habis
‘installment’ dan baru lepas ‘renovation’ 2 bulan lepas, masih belum puas di
diami lagi, tambahan pulak, kereta MPV yang baru di beli, belum puas meronda
lagi, kasihan sungguh!
Tapi aku hari ini, berbaring di tepi
sungai bersama mayat isteri dan anak yang semakin berulat, tiada teman datang
ziarah, tiada buah anggur,..oh, kejap lagi aku akan mati, kembarku waktu mati,
mayatnya di mandikan, dikapan, di solat dan di arak kekubur naik keretamayat,
lepas tu ada tahlil 3 hari, tapi aku mati hari ini, bersama mayat isteri dan
anak yang berulat, dan mayatku juga akan berulat, dan mungkin akan datang
anjing meratah mayatku, oh.., mengertilah aku kini erti merdeka..
Erti Merdeka:
"Merdeka adalah bila kita
mati, mayat kita dimandikan, dikapankan, disolat, dan ditanam dengan bermaruah,
dan jiran datang tahlil rumah kita, tak merdeka, bila kita mati, mayat kita
dibiarkan berulat di tepi jalan kerana jiran sibuk berperang, selamat menjadi
mayat yang merdeka.”
(Sumber
: http://keretamayat.blogspot.com/)
No comments:
Post a Comment