Sebagaian wanita mengeluh kerana
mereka perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di
bawah. Mereka seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap
mereka.
"Aduh, situ tutup, sini tutup.
Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan
auratnya lagi banyak."
"Kenapa la kita para isteri ni
nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar
kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak."
"Jika kita ikut faraid dalam hal
pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit
berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!"
"Kenapa Allah jadikan wanita
mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa
buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!"
"Islam kata kita perempuan wajib
taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana
keadilan pada kaum hawa?"
"Bila nak cerai je, suami yang
boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?"
"Wanita takleh nak beribadat
macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa.
Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?"
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan
organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina,
mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok
pertanyaan.
Kaum lelaki pula cakap, "Ah,
mujur aku ni lelaki!"
Tunggu..!
Istigfarlah pada wanita yang ada
perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.
"Cik adik, Islam lah yang
mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai
serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata,
adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah
agar tiada siapa melihat perhiasan itu?
Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi
di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi?
Lelaki, yang utama hanyalah bawah
pusat ke lutut tapi awak?
Saya tidak dapat melihat kulit anda
pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya
hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut
serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!"
"Ok, isteri perlu taat pada
suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali
lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu
lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami
kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!"
"Betul ke wanita menerima
warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak
untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.
Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape
walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka
itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai,
harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!"
"Tahniah la sebab awak dapat
mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh
sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula
masa beranak tu, percayalah... itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya,
syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan,
malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!"
"Akhirat nanti, saya dan lelaki
lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita.
Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik
perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh
empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah
anak lelaki awak!"
"Nak beribadat macam lelaki?
Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk
sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula
hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan,
menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja
asasnya!"
"Saya, seorang lelaki wajib
berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan
menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala
setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat
senjata!"
Allah SWT; sebagai Zat yang Maha
Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada
manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik
bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
No comments:
Post a Comment