Menurut Imam Ghazali, daging, urat
dan kulit akan reput dan hancur bersama luruhnya cinta yang bersandar. Jika
cinta sekadar dapai dicapai dengan pancaindera yang lima iaitu sentuh, bau,
lihat dan rasa maka itu belum cinta yang hakiki. Hanya cinta yang dapat dirasai
dengan deria ke enam iaitu hati maka barulah ia cinta yang hakiki.
Cinta itulah yang dialirkan oleh
Allah ke dala hati. Ia muncul dari dalam ke luar. Ia bukan dari luar ke dalam.
Ia bukan dari mata turun ke hati, sebaliknyadari hati turun ke mata dan
lain-lain anggota. Itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Itulah cinta yang
dikhususkan buat manusia sesuai dengan martabatnya sebagai makhluk yang
sempurna.
Cinta itu datang daripada Allah dan
diberi sebagai bekal untuk mendapat kecintaan yang abadi
No comments:
Post a Comment