Tuesday, July 31, 2007

LOVE is CINTA


Aku tengok Love Is Cinta hari tu. Cerita ni berbeza dr HEART.. walaupun cerita ni sedih tp ada diselitkan adegan2 kelakar..

Filem ini ialah kisah mengenai Ryan (Irwansyah) dan Cinta (Acha Septriasa), dua sahabat akrab yang baru sahaja menamatkan pengajian di sekolah menengah tinggi. Di sebalik kemesraan mereka sebagai rakan karib, tersemat di hati masing-masing bahawa mereka sebenarnya saling mencintai satu sama lain tetapi malu untuk meluahkan perasaan. Masa berlalu, Ryan mendapat tawaran menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat. Tragedi malang menimpa Ryan sebelum dia sempat melafazkan kata cintanya kepada Cinta. Cinta kecewa kerana Ryan pergi tanpa memberitahu sejauhmana hubungan mereka berdua. Ryan turut gelisah dan tidak akan pergi sebelum memberikan kepastian hubungannya, walaupun melalui perantaraan orang lain, iaitu Doni (Raffi Ahmad).

Di sinilah segalanya bermula bila Ryan diberi tempoh 3 hari untuk menyelesaikan masalah duniawinya sebelum dia pergi tuk selamanya. Ryan diberi peluang untuk masuk ke jasad orang lain. Ryan berusaha untuk yakinkan cinta bahawa dia adalah Ryan. Irwansyah cuma muncul sedikit ja dalam cerita ni...Raffi Ahmad yang mendominasikan cerita ni sebenarnya.



Monday, July 30, 2007

sAtu peRteMuaN

kemarin aku jumpa rd n ismail d CP.. aku ajak rai n emi pas abis kerja.. fizikal rd dah byk berubah maybe sbb sakit yg dia tanggung skrg ni..sedikit waktu pertemuan itu tlh membangkitkan kenangan kami d skola dulu.. aku tak mau cerita panjang psl ni.. biarlah yg tahu itu saja yg tahu...

then smlm d karamunsing aku jumpa al-azwar.. pupu 2 kali aku.. n skali lagi dia pukul aku di bahu semalam.. budak tu dr dulu asyik pukul aku.. dr kepala sampai kaki.. dia pikir aku ni lelaki ka apa..bila aku marah, dia asyik gelak..

Saturday, July 28, 2007

C.I.N.T.A

Menurut Imam Ghazali, daging, urat dan kulit akan reput dan hancur bersama luruhnya cinta yang bersandar. Jika cinta sekadar dapai dicapai dengan pancaindera yang lima iaitu sentuh, bau, lihat dan rasa maka itu belum cinta yang hakiki. Hanya cinta yang dapat dirasai dengan deria ke enam iaitu hati maka barulah ia cinta yang hakiki.

Cinta itulah yang dialirkan oleh Allah ke dala hati. Ia muncul dari dalam ke luar. Ia bukan dari luar ke dalam. Ia bukan dari mata turun ke hati, sebaliknyadari hati turun ke mata dan lain-lain anggota. Itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Itulah cinta yang dikhususkan buat manusia sesuai dengan martabatnya sebagai makhluk yang sempurna.

Cinta itu datang daripada Allah dan diberi sebagai bekal untuk mendapat kecintaan yang abadi

Friday, July 6, 2007

Rahsia Illahi


"... Sungguh terdapat tanda-tanda keesaan dan kebesaran Allah bagi kaum yang berpikir" (QS. al Baqarah:164).

Masjid di Meulaboh, Aceh yg berkubah warna gelap ini nampak tetap berdiri. Sejumlah bangunan di sisi-sisinya nampak tidak tersisa tersapu tsunami.



Jilatan api ketika terjadi ledakan di pipa gas milik Pertamina di lokasi lumpur Lapindo, Jalan Tol Porong KM 38 pada 22 November 2006. Api yg membumbung setinggi hampir 1 kilometer itu ternyata sempat membentuk kalimah Allah dalam tulisan Arab beberapa saat.




Sebaris pohon kayu yg ditemui di sebuah hutan di Afrika yg berbentuk tulisan 'LAILAHAILLAH &  MUHAMMAD RASULULLAH'


Illahi Rabbi memperlihatkan kebesarannya kepada manusia supaya kembali kepada jalan yang benar. Warga Batu Taba, Kabupaten Agam digemparkan oleh temuan lafadz asma Allah di pohon jati yang tumbuh di perkarangan SMIK Batutaba.



Ini gambar semasa kejadian Tsunami yg berlaku di Sri lanka. Imej di ambil melalui satelit!! Ombak terbentuk kalimah Allah.




Pokok kaktus



Sarang Lebah terbentuk kalimah Allah


Buah Tomato


Allah tunjukkan 'kalimah' namaNya yang Maha Agung kepada kita semua.. cuma kita sedar atau pun tidak.


Pokok senduduk milik seorang penduduk di sebuah kampung.


Buah Labu



Batu karang yang sedang sujud


Pokok yang sedang ruku' menghadap kiblat


Kalimah Allah terbentuk di telinga




Pertanda apakah ini? Adakah sesuatu akan terjadi? Atau ini sekadar untuk memperingatkan umatNya agar selalu mengingatNya? Wallahualam...

Allahu Akbar. Allah maha besar. Seperti dikatakan Eka Putra Wirman, dosen Fakultas Ushuluddin IAIN Imam Bonjol Padang, "Di sini terlihat betapa sempurnanya informasi yang diberikan Allah kepada manusia tentang kekuasaan-Nya. Bukti-bukti tersebut dapat dicerna dengan mudah oleh indera manusia karena bukti-bukti itu merupakan bahagian terpenting dalam kehidupan manusia, bahkan bukti-bukti itu terdapat pada diri manusia sendiri. Allah terlihat sangat pemurah dan tidak pernah bersikap kikir dan pelit dalam memperlihatkankan kuasa-Nya. Allah tidak memilih-milih waktu tertentu untuk “bertajalli” kepada hamba-Nya, karena Dia tidak ingin hamba-Nya tersesat dari jalan yang lurus. Allah juga tidak bermain hide and seek dengan hamba-Nya, yang sesekali timbul dan sering kali bersembunyi." 

Ingat, Allah telah mengingatkan kita melalui al Qur'an, bahwa, “...dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan juga pada dirimu sendiri, maka apakah kamu tiada memperhatikan?” (QS. Adz Dzaariyaat:20-21). (***)






lamanya x update blog. actually xtau mau tulis apa.. lama x mengarang.. bz dgn kehidupan di dunia realiti..   oh ya.. beberapa bulan lalu, a...