Thursday, May 29, 2008

Kisah Benar -Berkat Mengasihani Dan Menyayangi Kucing

buat iktibar dan renungan bersama [ cerita dari Tanah suci ]

Kisah benar ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.

Wanita ini krn sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti.


p/s: kasih sayang kita bukan hanya pada kucing, tapi pada semua makhluk Allah.

Beringatlah..Last Breath..

If Only Life Could Be Like A Computer

If you mesed up with your life, you could press "Alt, Ctrl, Delete" and start all over!

To get your daily exercise, just clik on "run"

If you needed a break from life, click on "suspend"

Hit "any key" to continue life when ready

To "add/remove" someone in your life, click setting and control panel

To improve your appearance, just adjust the display settings

If life gets too noisy, turn off the speaker

When you lose your car keys, click on "find"

"Help" with the chores is just a click away

You wouldn't need auto insurance. You'd use your boot diskette to recover from a crash

We could click on "send" and the kids would go to bed immediately

To feel like a new person, click on "refresh"

Click on "close" to shut up the kids

To undo a mistake, click on "back"

Is your wardrobe getting old? Click "update"

If you don't like cleaning the litter box, click on "delete"

Maksud sebenar lagu Aduh Saleha

Lagu : Aduh Saleha
Penyanyi : Mawi
Komposer : M. Nasir
Penulis Lirik : Rosli Khamis

ADUH SALEHA
[Rintihan ku kpd org-org yg soleh dan solehah]


Mana rayuanku hendak ku sampaikan
[Bagaimana mungkin ku hendak sampaikan kata-kata nasihat]

Rindu berahiku pd kasih yg jauh
[Aku amat mendambakan kasih Tuhan tetapi aku masih jauh dari-Nya]

Jauh bukan jarak dan tempat
[bukan jauh jarak atau di mana aku berada]

jauh nama dan pangkat
[tapi jauh dari segi amalanku dan kedudukanku di sisi-Nya]

Mana penggantimu hendak ku dakapkan
[dimana aku hendak mencari pengganti utk ku bergantung]

Dendam asmaraku pd cinta yg luruh
[aku inginkan cinta yg menyerahkan sepenuh jiwa dan jasad]

Luruh bukan daun dan bunga
[bukan menyerahkan harta dan wang ringgit]

Luruh jiwa daun dan bunga
[tetapi menyerahkan seluruh jiwa dan jasad]

Bertahun ku sandar percaya
[sudah lama kita menjadi seorang muslim dan mengamalkan suruhanNya, adakah ia disandar bukan dikandar?]

Tak mungkin padam cahaya
[dan kasih dan cinta Tuhan tidak akan terhenti pd hambaNya]

Cintamu bagai rembulan
[kasih sayang para solihin dan solehah sesama mukmin sentiasa]

Terpancar dan ada hilang dipandangan kala langit dilindung awan
[namun, kekadang terlindung juga apabila ada yg menghalang atau kita sendiri yg tidak mahu menerima]

Aduh mahkota terhempas
[kekuasaan kita sebenarnya hampir musnah, raja² hilang kuasa, maruah anak² bangsa tiada (zina, maksiat dan hedoisme berleluasa)]

Barulah ku sedar, yg ku sangkakan intan oh hanyalah kaca
[barulah kita perasan apa yg kita sangkakan baik selama ini adalah sebaliknya]

Sesudah berdarah barulah ku sedar
[apabila mengalaminya sendiri dan mendapat bala / musibah baru kita tersedar dari angan]

Jiwa ku tercalar ohhh.. sakitnya bukan kepalang
[akhirnya jiwa kita tersiksa dan hati semakin gelap tanpa pedoman]

Kau biarkan aku sendiri menderita susah - nasib hidupku salihah
[Org² yg soleh dan solehah semakin jauh dari kita (kita yg menjadikannya begitu bukan?) Hidup kita susah (jiwa yg muflis) walaupun senang (harta bertimbun tanpa berkat)]

Kau biarkan aku sendiri melewati sepi - dalam hidupku salihah
[kita sudah kesepian krn meninggalkan nasihat dan kata² org² yg soleh]

Kau biarkan aku sendiri meratapi nasib - dlm derita saliha
[akhirnya kita terpaksa meratapi nasib kita yg penuh derita buatan kita sendiri]

Ohhh..Saliha
[tolonglah aku org² yg soleh]

Penawar Kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yg diajar oleh Rasulullah S.A.W kpd puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kpd suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pd tangannya krn keletihan menggiling gandum utk membuat roti.

Saidina Ali berkata: "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam utk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat utk mendapatkan seorang khadam bg membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah S.A.W tidak mampu memenuhi permintaan anaknya kesayangannya itu. Lalu Baginda S.A.W pergi menemui puterinya serata menantu itu.

Baginda S.A.W berkata: "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yg lebih baik drpd apa yg kamu minta dariku? Apabila kamu berdua berbaring utk tidur, bertasbuhlah [Subhanallah] 33 kali, bertahmid [Alhamdulillah] 33 kali dan bertakbir [Allahuakbar] 33 kali.

Ia adalah lebih baik utk kamu berdua drpd seorg khadam."

Inilah penawar ringkas yg Nabi S.A.W ajarkan kpd anak dan menantunya bg meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah² Rasulullah S.A.W ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pnh meninggalkannya sejak ia diajarkan kepadaku."

Dicadangkan kpd sesiapa sahaja yg merasai kepenatan stlh melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subahanallah' [33] kali, 'Alhamdulillah' [33] kali dan 'Allahuakbar' [33 kali] pd setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dgn penuh ikhlas dan istiqamah [berterusan], InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan² hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pd keesokan hari dgn senyuman.

Allahuakbar.. Seorang Doktor Neurologi Menemui Keajaiban Allah..

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera sahabat semua yg Islam dan jg yg Bukan Islam..

"Seorg doktor di Amerika Syarikat tlh memeluk Islam krn beberapa keajaiban yg ditemu dlm penyelidikannya. Dia amat kagum dgn penemuan tersebut sehingga tdk dpt diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorg Doktor Neurologi. Stlh memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dgn itu tlh membuka sebuah klinik yg ebrtemakan "Perubatan Melalui Al-Quran". Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatnya berteraskan apa yg terdpt di dlm Al-Quran. Di antara kaedah² yg digunakan termasuklah berpuasam madu lebah, biji hitam [black seed] dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik utk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bwh semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdpt beberapa urat saraf di dlm otak manusia yg tdk dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yg secukupnya utk berfungsi secara normal.

Stlh membuat kajian yg memakan masa, akhirya eliau mendapati bwh darah tdk akan memasuki urat saraf di dlm otak manusia melainkan pd ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya utk beberapa sukatan yg tertentu sahaja. Ini bermaksud bwhhw darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yg diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah. Tdk menunaikan sembahyang, maka otaknya tdk akan dpt menerima darah yg secukupnya utk berfungsi secara normal.

Oleh yg demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah utk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' krn sifat fitrah kejadiannya mmg tlg dikaitkan oleh Allah dgn agama-Nya yg indah ini"


PETUA IMAN SYAFIE [4 PERKARA UTK SIHAT]

4 Perkara menguatkan badan

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas


4 Perkara melemahkan badan

1. Banyak berkelamin [bersetubuh]
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yg masam


4 Perkara menajamkan mata

1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sblm tidur
3. Memandang yg hijau
4. Berpakaian bersih

4 Perkara merosakkan mata

1. Memandang najis
2. Melihat org dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

4 Perkara menajamkan fikiran

1. Tdk banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi [gosok gigi]
3. Bercakap dgn org soleh
4. Bergaul dgn para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.


2. TIDUR PARA ULAMA & AHLI IBADAH

Miring ke sblh kanan utk memudahkan terjaga utk solat malam.



3. TIDUR PARA RAJA YG HALOBA

Miring ke sebelah kiri utk mencernakan makanan yg byk dimakan.


4. TIDUR PARA SYAITAN

Menelungkup / tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


Saturday, May 3, 2008

Roh Harum dan Roh Busuk

Maksud Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a katanya:"Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit." Kata Hammad :"Kerana baunya harum seperti kasturi." Kata penduduk langit " Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu `alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam." Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman:"Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat." Kata Abu Hurairah selanjutnya: " Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya –kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian-, maka berkata penduduk langit,"Roh jahat datang dari bumi." Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat."

(Muslim)


Huraian

Kematian sesungguhnya amat menyiksakan. Kematian orang-orang yang tidak beriman mempunyai banyak perbezaan dengan kematian orang-orang yang beriman. Tanda-tandanya bukan sahaja dapat dilihat oleh orang yang hidup bahkan ini diperakukan sendiri di dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T yang maksudnya:

"Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar." (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (al-Anfal :50).

Rasulullah s.a.w sekalipun dianggap sebagai kekasih Allah turut merasakan kesakitan sakratulmaut. Itupun baginda diperlakukan secara lembut oleh malaikat. Maka bayangkanlah bagaimana kesakitannya jika kita selaku insan biasa dapat berhadapan dengan situasi ini. Oleh itu seharusnya kita sentiasa berwaspada agar tidak tergolong di kalangan orang-orang yang tidak beriman, lalai dan lupa kepada Allah kerana sudah pasti roh kita nanti bakal ditempatkan di dalam penjara sehingga hari kiamat.

Wanita derita jika kurang tidur

Kajian dapati wujud risiko sakit jantung, kemurungan dan gangguan psikologi

LONDON: Wanita memerlukan tidur mencukupi jauh melebihi lelaki dan boleh mengalami masalah mental dan fizikal jika dipaksa keluar tanpa menikmati tidur selesa.

Malah, kekurangan tidur juga boleh meletakkan golongan itu pada risiko tinggi menghidap sakit jantung, kemurungan dan masalah psikologi, menurut hasil kajian.

Selain itu, wanita yang tidurnya kerap terganggu atau terutama mereka yang sukar melelapkan mata – berkemungkinan dua kali ganda memiliki paras tinggi bahan yang dikaitkan dengan diabetes Jenis 2 dalam darah mereka. Kesihatan lelaki, bagaimanapun tidak begitu bergantung kepada bagaimana nyenyaknya mereka tidur, menurut kajian Universiti Duke, Durham, Carolina Utara.

Penyelidik universiti itu meminta 210 lelaki dan wanita sihat yang tidak ada masalah atau gangguan tidur supaya mengisi borang soal selidik mengenai kualiti tidur mereka.

Sukarelawan juga dinilai bagi tahap kemurungan, kemarahan, panas baran dan sebanyak mana sokongan sosial yang diperoleh. Contoh darah responden turut dianalisis. Daripada analisis, kira-kira 40 peratus peserta dikelaskan sebagai mengalami masalah tidur yang teruk. Ketika tidak banyak perbezaan dalam kualiti tidur antara kedua-dua jantina, wanita, bagaimanapun, didapati lebih menderita apabila tidur terganggu.

Saintis mendapati di kalangan subjek wanita yang mengalami masalah tidur – kualiti tidur yang teruk atau sukar untuk tidur selama lebih dua malam seminggu, atau mengambil masa lebih 30 minit untuk tidur – juga dikaitkan dengan paras tinggi fibrinogen – faktor pembeku yang dikaitkan dengan angin ahmar.

Wanita yang mengalami masalah tidur juga cenderung menunjukkan paras tinggi pelbagai penanda dikaitkan dengan keradangan yang membawa kepada ketebalan arteri dan meningkatkan risiko sakit jantung.

Mereka yang kurang tidur juga melaporkan lebih banyak gejala kemurungan, panas baran dan kemarahan. Bagaimanapun, lelaki yang mengalami masalah tidur tidak menunjukkan peningkatan risiko keadaan seperti yang menjejaskan wanita.

Profesor Jabatan Psikiatri dan Sains Tingkah Laku Universiti Duke, Dr Edward Suarez, berkata: "Ini adalah bukti berdasarkan ujian pertama yang menyokong apa yang kami perhatikan mengenai peranan jantina dan kesannya terhadap mutu tidur dan kesihatan.

"Kajian menunjukkan gangguan tidur – diukur dengan jumlah tidur keseluruhan, tahap terjaga pada waktu malam, dan paling penting berapa lama diambil untuk tidur – memberikan masalah kesihatan serius kepada wanita berbanding lelaki." – Agensi

lamanya x update blog. actually xtau mau tulis apa.. lama x mengarang.. bz dgn kehidupan di dunia realiti..   oh ya.. beberapa bulan lalu, a...