Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan
tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah
jadikan petua yg diajar oleh Rasulullah S.A.W kpd puteri kesayangannya
Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu
kpd suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pd tangannya krn
keletihan menggiling gandum utk membuat roti.
Saidina Ali berkata: "Bapa kamu
telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang
khadam utk membantu mu."
Saidatina Fatimah pergi bertemu
bapanya dan menyatakan hasrat utk mendapatkan seorang khadam bg membantu tugas
hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah S.A.W tidak mampu memenuhi
permintaan anaknya kesayangannya itu. Lalu Baginda S.A.W pergi menemui
puterinya serata menantu itu.
Baginda S.A.W berkata: "Apa kamu
berdua mahu aku ajarkan perkara yg lebih baik drpd apa yg kamu minta dariku?
Apabila kamu berdua berbaring utk tidur, bertasbuhlah [Subhanallah] 33 kali,
bertahmid [Alhamdulillah] 33 kali dan bertakbir [Allahuakbar] 33 kali.
Ia adalah lebih baik utk kamu berdua
drpd seorg khadam."
Inilah penawar ringkas yg Nabi S.A.W
ajarkan kpd anak dan menantunya bg meringankan keletihan dan kesusahan hidup
mereka berdua.
Saidina Ali terus mengulang-ulang
kalimah² Rasulullah S.A.W ini.
Katanya "Demi Allah aku tidak
pnh meninggalkannya sejak ia diajarkan kepadaku."
Dicadangkan kpd sesiapa sahaja yg
merasai kepenatan stlh melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca
'Subahanallah' [33] kali, 'Alhamdulillah' [33] kali dan 'Allahuakbar' [33 kali]
pd setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dgn penuh ikhlas dan
istiqamah [berterusan], InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan
bebanan² hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pd keesokan hari
dgn senyuman.
No comments:
Post a Comment