Berikut ini ada 43 Perkara yg boleh kita sama² renungkan. Mana yg boleh diamalkan, kita amalkan. Semoga ada manfaat.
1. Org yg tidak menganggap dirinya bahagia adalah org yg tidak akan hidup dgn bahagia.
2. Org berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya org yg mudah putus asa ialah org yg tidak akan berjaya.
3. Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai drpd tidak bercakap langsung.
4. Tiga org pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jgn berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dgn kita.
5. Cerek yg kecil adalah lebih mudah panas. Orang yg berhati kecil mudah berasa marah.
6. Org yg tidak dpt mengawal emosi sendiri adalah org yg tidak dianggap merdeka.
7. Tali gitar yg diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yg diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yg merdu. Oleh itu, hiduplah dlm kesederhanaan.
8. Kemarahan biasanya bermula drpd fikiran yg tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.
9. Kesedihan yg dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.
10. Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yg luar biasa.
11. Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun.
12. Sukailah dengan apa yg perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yg anda suka.
13. Belajar drpd kesilapan yg org lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yg mungkin kita lakukan.
14. Wang adalah alat yg kita gunakan dan bukan alat yg mempergunakan kita.
15. Tiada org yg boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.
16. Manusia selalu mengharapkan kegembiraan drpd orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kpd org lain secara sukarela.
17. Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.
18. Musuh yg paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.
19. Org yg paling bodoh ialah org yg selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.
20. Masa yg kita gunakan utk mecari kesilapan ong lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yg kita gunakan utk memperbaiki kesilapan sendiri.
21. Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara baik.
22. Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.
23. Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.
24. Insan yg berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya org yg sangat pandai.
25. Hadiah yg paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.
26. Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yg lebih baik daripada bersikap buruk terhadap mereka.
27. Dalam hidup ini, sebarang keadaan yg kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yg kita tujui.
28. Org biasa akan marah apabila dikritik oleh org lain, manakala org yang mulia ialah mereka yg memperbaiki diri drpd kritikan org lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yg anda buat tanpa disedari.
29. Org yg berfikiran positif akan melihat peluang dlm semua keadaan. Manakala org yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yg baik.
30. Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh² sebelum menempuh sesuatu kejayaan.
31. Bagi manusia yg tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.
32. Kadangkalanya, sesuatu masalah yg rumit dapat diselesaikan dgn menggunakan kaedah yg paling mudah.
33. Padi yg semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yg berhemah tinggi ialah org yg sentiasa merendahkan diri.
34. Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dgn org lain.
35. Kebencian tidak dpt di atasi dgn kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dgn kasih sayang.
36. Jgn berputus asa apabila menghadapi kesusahan krn titisan hujan ng jernih juga berasal drpd awan yg gelap.
37. Masa yg diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.
38. Org yg kaya bukanlah org yg mempunyai byk harta, tetapi org yg berasa cukup dgn apa yg dia ada dan tidak memerlukan lebih drpd itu.
39. Org yg miskin bukanlah org yg tidak berharta tetapi adalah org yg sentiasa merasa tidak cukup dgn apa yg dimiliki.
40. Org yg boleh diyakini adalah mereka yg mempunyai keyakinan diri. Org yg dpt menegur org lain adalah org yg sedia menerima teguran org lain.
41. Org yg cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.
42. Orang yg cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yg berwarna tetapi berbau busuk.
43. Manusia yg dihormati ialah org yg sentiasa menghormati orang lain.
Fikir-fikirkan! Renung-renungkan! Dan Selamat Beramal
Diterima dari : Mohd faizal zakaria
No comments:
Post a Comment