Nabi Muhammad bersabda maksudnya: "sesungguhnya pd waktu malam ada satu masa yg tidaklah seorang muslim berkebetulan memohon kpd Allah sesuatu kebaikan daripada urusan dunia dan akhirat pd ketika itu kecuali pasti Dia akan mengurniakannya. Dan hal sedemikian berlaku pd setiap mlm." [Hadis riwayat Muslim]
Allah menciptakan alam penuh dgn ketenangan dan keheningan. Dlm suasana sedemikian, hati menjadi sgt bersih dan penuh tumpuan. Ia adalah saat yg paling tepat utk bersunyi-sunyian di samping Allah.
Solat adalah bekalan utk mengharungi cabaran hidu seharian, Apabila ia dilakukan dlm keheningan malam, maka ia memberi bekalan yg lebih byk. Pd masa itu, orang beriman yg cinta dan rindu kpd Allah berdiri, rukuk, sujud, berzikir, bertasbih, membaca Al-Quran, bertaubat, beristihfar, bermunajat, berdoa dan menangis kerana takut kpd Allah.
Bangun pd waktu malam adalah mujahadah diri ke arah memperkuatkan tekad dan keazaman serta mengalahkan bisikan syaitan dan melatih jiwa tunduk sepenuhnya kpd Allah.
Orang yg meninggalkan tidur, waktu istirehat dan tilam empuk melawan keinginan fizikal, lalu bangun dan bersuci walaupun dlm keadaan mengantuk meletakkan ibadat serta taqarrub kpd Allah teratas daipara segalanya.
Bangun pd waktu malam ketika manusia lain sdg lena dibuai mimpi membibitkan ketulusan dan keikhlasan pd Allah, sekaligus membebaskan hati dr perasaan riak dan bangga diri.
Setiap drpd kita pnh melalukan kesilapan dan sememangnya tdk mampu melaksanakan semua tanggungjawab dgn kesempurnaan mutlak.
Justeru, amat wajar kita mengetuk pintu Allah pd malam hari dan memohon keampunan dan belas kasihan-Nya. Doa pd waktu malam adalah ibadat yg paling afdal.
Diriwiyatkan daripada Abu Ummarah, beliau berkata bahawa Rasulullah ditanya:"Wahai Rasulullah, doa apakah yg paling didengar?" Sabda Baginda bermaksud,"Doa pd separuh malam dan selepas soalt wajib." [Hadis Riwayat At-Tarmizi]
Rumah yg sentiasa dihiasi qiamullail sering dikunjungi malaikat, diliputi rahmat dan kebahagiaan hakiki.
Alangkah indahnya andai setiap ahli keluarga terutamanya ibu bapa bekerjasama memuwujudkan suasana soleh ini.
Sabda Rasulullah bermaksud:"Allah merahmati seorang lelaki yg bangun pd waktu malam, lalu dia mendirikan solat. Kemudian dia mengejutkan isterinya, lalu isterinya juga mendirikan solat. Sekiranya isterinya enggan, maka dia akan memercikkan air ke muka isterinya, Dan ALlah merahmati seorang wanita yg bangun pd waktu malam, lalu mendirikan solat. kemudian dia mengejutkan suaminya, lalu suaminya mengerjakan solat. Sekiranya suaminya enggan, maka dia memercikkan air ke muka suaminya itu." [Hadis riwayat Abu Daud]
Antara perkara yg membantu kita bangun dan mengerjakan qiamullail ialah niat ikhlas, tekad usaha, sentiasa memperbaharui taubat, menjauhi maksiat, tidur awal, tidur seketika pd waktu suang [qailulah] dan memohon bantuan drpd Allah.
Kemesraan dan kenikmatan yg dirasai ketika melakukan qiamullail dan munajat dpt melupakan kita kpd kepenatan dan keletihan.
Rasulullah memanjangkan masa berdiri ketika qiamullail hingga dua kaki Baginda mula bengkak. Namun, Baginda tidak sedikit pun berasa sakit krn tenggelam dlm kekusyukkan menghampirkan diri kpd Allah.
Seorang soleh berkata:"Tidak ada satu waktu di dunia yg menyamai nikmat akhirat kecualilah waktu yg dilalui oleh ahli tahajud yg merasakan lazatnya munajat:" [Petikan drpd Suara Masjid terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia utk Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Wilayah Persekutuan]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
lamanya x update blog. actually xtau mau tulis apa.. lama x mengarang.. bz dgn kehidupan di dunia realiti.. oh ya.. beberapa bulan lalu, a...
-
STYLE, LUXURY , an INNOVATIVE DESIGN and above all, SPEED ... These cars have it all and much more. Actually, the most expensive car ...
-
Berdasarkan cerita Back to The Future part 2, kononnya lagi 3 tahun kita akan mula menggunakan kereta terbang macam DeLorean dibawah? M...
-
Lagu : Aduh Saleha Penyanyi : Mawi Komposer : M. Nasir Penulis Lirik : Rosli Khamis ADUH SALEHA [Rintihan ku kpd org-org...
No comments:
Post a Comment