Tuesday, July 1, 2008

Cara² Menghafal Ayat² Al-Quran

Beberapa petua menghafal ayat-ayat al-Quran Sesungguhnya Allah SWT tlh berfirman di dlm kitabsuci al-Quran di dlm surah al-Fatir (35:29) yg membawa maksud ,"Those who recite the Book of Allah,establish regular prayer, and spend (in charity) out of what We have provided for them, secretly andopenly, hope for commerce that will never fail".

Abdullah Ibn Amr Ibn Al-As RA tlh meriwayatkan: Rasullullah SAW tlh bersabda, "The onewho was devoted to the will be told on the Day of Resurrection: `Recite and ascend (in ranks) as youused to recite when you were in the world. Your rank will be at the last Ayah you recite." [Abu Dawud andAt-Tirmidhi]. Qur'an

Hadis ini tlh menyebut tentang ganjaran yg diperolehi oleh org² yg menghafal sebahagian ataupun seluruh daripada al- Quran. Sebahagian para ulama dlm mentafsirkan hadis ini tlh menyebut bahawa jumlah tingkatan di syurga adalah bersamaan dgn jumlah ayat di dlm al-Quran dan seorang muslim akan menaiki satu tingkatan syurga bagi setiap satu ayat yg beliau tlh menghafalnya.

Di dlm hadis yang lain, Othman bin Affan RA tlh meriwayatkan bhw Rasullullah SAW bersabda, "The best amongst you is the one who learns the and teaches it." [Al-Bukhari]. Qur'an

Berikut disenaraikan beberapa petua utk menghafal ayat² al- Quran.

a) Pertama, mulakan dgn bertaubat dgn sebenar-benar taubat krn sesungguhnya dosa² tdk akan memberi ruang utk ayat² bertapak di hati manusia. Imam Al-Shafie di dlm satu petikan sajaknya yg terkenal mengadu kpd gurunya akan dirinya yg agak sukar utk menghafal dgn baik. Gurunya lalu menasihatinya agar meninggalkan dan bertaubat akan segala dosa-dosanya.

b) Mempunyai niat yg benar dan percaya akan balasan baik yg akan diperoleh  seperti yg dinyatakan di dlm hadis di atas. Mintalah bantuan Allah dgn seikhlas hati utk sentiasa memudahkan kita menghafal ayat² suciNya.

c) Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang beberapa hari) utk  menghafal ayat² Quran. Masa yg paling baik adalah pd waktu yg kita tidak sibuk dengan hal² lain.

d) Gunakan naskah yg sama setiap kali kita menghafal. Ini membantu minda kita  menangkap dan mengingat apa yg terdapat pd helaian muka surat yg kita ingin hafal. (mind snapshot)

e) Mulakan dgn surah² yg paling mudah bagi kita. Ramai yg menyarankan agar  hafalan bermula dgn lima juzu' terakhir ( bermula dengan juzu' 30,juzu' 29 dan seterusnya)

f) Hafalan juga boleh dimulakan dgn surah² yang paling kita gemar membacanya  atau yg selalu kita dengar ataupun yg kita sudah biasa dan sudah pula ingat sebahagiannya.

g) Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita menghafalnya. Semakin kita berumur, kita akan lebih sibuk dgn pelbagai urusan dan kemampuan utk mengingat juga semakin berkurangan. Walaubagaimanapun, walau berapa pun umur kita, kita masih belum terlambat sebenarnya, insya Allah. Walaupun kita tdk pernah menghafal ayat² pd usia kecil atau pd masa usia remaja, namun kita masih lagi berpeluang menghafalnya jika kita mahu.

h) Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam solat². Selain itu, mintalah bantuan rakan² ataupun pasangan kita utk mendengar bacaan hafalan ayat² itu .

i) Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yg baik apatah lagi  dgn sentiasa bersama² memberi galakan di antara satu sama lain. Sebagai ibu bapa pula, apa salahnya mewujudkan pertandingan di antara anak² dan memberi hadiah pd siapa yg berjaya menghafal dgn baik.

No comments:

lamanya x update blog. actually xtau mau tulis apa.. lama x mengarang.. bz dgn kehidupan di dunia realiti..   oh ya.. beberapa bulan lalu, a...