Foto Sumber : Twitter Wadi Habona
CUACA GLOBAL : Cuaca dunia semakin 'pelik' dan mengejutkan. Dalam kejadian terbaharu Madinah mengalami suasana hujan batu dan hujan lebat sehingga menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.
Agensi Berita Arab Saudi SAUDI GAZETTA melaporkan genomena hujan lebat dan hujan batu pada 24 Februari itu mengakibatkan beberapa kenderaan milik orang awam mengalami kerosakan di Madinah.
Jabatan Meteorologi dan Perlindungan Alam Sekitar di sana telah mengeluarkan amaran dan menghentikan aktiviti persekolahan buat sementara waktu di sekitar Madinah.
Selain Madinah, beberapa kawasan lain di sana turut terjejas selepas mengalami situasi tersebut seperti di Mekah, Wilayah Dawadmi dan Al-Baha.
Kawasan Jeddah dan Riyadh pula hanya mengalami cuaca mendung semalam namun jurucakap Kementerian Pertahanan Awam Riyadh, Arab Saudi, Muhammad Al-Hammadi mengingatkan orang ramai untuk mematuhi arahan keselamatan dan garis panduan yang telah ditetapkan sekiranya berlaku hujan lebat.
Berikut adalah gambar suasana berkenaan seperti dilaporkan Saudi Gazetta:
Foto Sumber : Saudi Gazetta