Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.
Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?
Diam di rumah, berkeinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.
Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.
Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.
Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..
Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki.
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..
Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..
Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun.
Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk.
Jad, jangan menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma sehujung kuku.
Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.
Kerana hidup adalah waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki...
Bersyukurlah atas keluarga yang kita miliki...
Bersyukurlah atas pekerjaan yang kita miliki...
Bersyukurlah atas kesihatan yang kita miliki...
Bersyukurlah atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..
Jauhilah sifat riyak dan sombong dengan apa yang kita miliki.. Ianya bukan milik kita, ianya milik Allah yang Maha Esa..
Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur.. Alhamdulillah..
Credit CP - DT
Thursday, May 3, 2018
Friday, April 27, 2018
Sebuah Kehidupan
Seorang guru pernah berkata, hidup ini umpama perlumbaan dan juga pertandingan. Yang lambat akan ketinggalan, yang lemah akan kalah. Maka banggakan ibubapa kamu, banggakan sekolah kamu..
Dan tanpa menoleh, aku mula berlari sepantas boleh agar tidak kalah.. Aku tak ingat sudah berapa kali aku lihat ramai yang tertinggal jauh di belakang dan jatuh tersungkur.. Namun aku terus berlari tanpa mempedulikan mereka.. Sehinggalah akhirnya aku berjaya sampai ke garisan penamat..
Sudah banyak perkara dalam kehidupan ini yang aku telah berjaya kecapi.. Keputusan peperiksaan cemerlang, menjejak kaki ke menara gading dan memperoleh segulung ijazah, mendapat pekerjaan tetap dan membina keluarga. Sehinggalah aku terlihat orang yang pernah jatuh tersungkur pada suati ketika dahulu kini telah berjaya malah lebih berjaya daripada aku..
Aku fikir perlumbaan ini masih belum tamat lagikah? Bagaimana orang yang pernah di belakang aku suatu ketika dahulu kini boleh jauh mengalahkan aku?
Aku silap.. Kehidupan ini tidak pernah sama seperti perlumbaan mahupun pertandingan. Dalam sebuah perlumbaan, semua orang akan bermula di garisan permulaan yang sama. Namun dalam sebuah kehidupan, semua orang tidak bermula di garisan yang sama. Dalam perlumbaan, semua orang bertandingan dengan cara yang sama. Namun dalan kehidupan, semua orang bertanding dengan cara yang berbeza. Bergantung kepada nasib, rezeki dan kemampuan masing-masing. Dalam perlumbaan, semua orang mengejar garis penamat yang sama. Berbeza dengan kehidupan, semua orang mengejar matlamat dan impian yang berbeza.
Andai kehidupan sebuah pertadingan, pasti ada yang mendapat kelebihan dan keistimewaan. Pasti ada yang memperoleh kekurangan. Peraturan pertandingan juga tidak adil. Pengadil dan juri akan berat sebelah. Peluang juga tidak sama rata bagi setiap peserta. Hakikatnya, dunia memang tidak pernah adil. Ada yang lahir ke dunia dengan timbunan emas. Ada yang lahir di sebelah timbunan sampah.. Ada yang disayangi dan mudah mendapat peluang kerana beribu bapakan hartawan. Ada yang dibenci dan terus dilupakan kerana berbapakan penagih dadah.
Maka bagaimana kehidupan itu harus menjadi perlumbaan mahupun pertandingan jika dari awal lagi semua pesertanya tidak pun setaraf dan tidak bersaing dengan adil?
Oleh itu, berhentilah membandingkan diri kita dengan orang lain.. kerana
kita pasti akan sentiasa merasa kalah.. malah apa yang kita kejar pasti berbeza
dengan org lain.. sebaliknya bandingkan diri kita yang dulu dengan diri kita yang
sekarang.. dan lihat sebanyak mana perubahan dan peningkatan yang telah kita
lakukan untuk diri kita..
Dalam kehidupan, kita tidak seharusnya gembira apabila
melihat orang lain jatuh.. malah menjadi tanggungjawab kita untuk menarik mereka
bangun semula.. dalam kehidupan tiada menang atau kalah.. yang ada hanya kejayaan
dan kegagalan.. namun ia boleh hadir awal, lambat atau mungkin takkan muncul
langsung dalam kehidupan kita.. oleh itu, bersyukurlah pada setiap kejayaan yang
dibina.. dan bangkitlah pada setiap kegagalan yang menimpa..
Akhirnya, tiada siapa yang harus kita kejar. Tiada siapa yang harus kau kalahkan melainkan diri sendiri. Kerana kehidupan ini bukanlah sebuah perlumbaan atau pertandingan. Sebaliknya sebuah perjalanan dan pengembaraan yang panjang. Hinggalah kita menemui pengakhiran yang abadi.
Wednesday, March 7, 2018
Body Break
i hv been moody lately.. i wish i could figure out why.. i'm
tired to be like this n i certainly dont want to sit around feeling
sorry for myself that i can't be the self i wannabe..
all i need is a body break.. right now that word looks weird to me..
all i need is a body break.. right now that word looks weird to me..
Monday, February 26, 2018
Menggerunkan, Hujan Batu Sebesar Bola Tenis Landa Madinah
Foto Sumber : Twitter Wadi Habona
CUACA GLOBAL : Cuaca dunia semakin 'pelik' dan mengejutkan. Dalam kejadian terbaharu Madinah mengalami suasana hujan batu dan hujan lebat sehingga menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.
Agensi Berita Arab Saudi SAUDI GAZETTA melaporkan genomena hujan lebat dan hujan batu pada 24 Februari itu mengakibatkan beberapa kenderaan milik orang awam mengalami kerosakan di Madinah.
Jabatan Meteorologi dan Perlindungan Alam Sekitar di sana telah mengeluarkan amaran dan menghentikan aktiviti persekolahan buat sementara waktu di sekitar Madinah.
Selain Madinah, beberapa kawasan lain di sana turut terjejas selepas mengalami situasi tersebut seperti di Mekah, Wilayah Dawadmi dan Al-Baha.
Kawasan Jeddah dan Riyadh pula hanya mengalami cuaca mendung semalam namun jurucakap Kementerian Pertahanan Awam Riyadh, Arab Saudi, Muhammad Al-Hammadi mengingatkan orang ramai untuk mematuhi arahan keselamatan dan garis panduan yang telah ditetapkan sekiranya berlaku hujan lebat.
Berikut adalah gambar suasana berkenaan seperti dilaporkan Saudi Gazetta:
Foto Sumber : Saudi Gazetta
Subscribe to:
Posts (Atom)
lamanya x update blog. actually xtau mau tulis apa.. lama x mengarang.. bz dgn kehidupan di dunia realiti.. oh ya.. beberapa bulan lalu, a...
-
STYLE, LUXURY , an INNOVATIVE DESIGN and above all, SPEED ... These cars have it all and much more. Actually, the most expensive car ...
-
Berdasarkan cerita Back to The Future part 2, kononnya lagi 3 tahun kita akan mula menggunakan kereta terbang macam DeLorean dibawah? M...
-
Lagu : Aduh Saleha Penyanyi : Mawi Komposer : M. Nasir Penulis Lirik : Rosli Khamis ADUH SALEHA [Rintihan ku kpd org-org...