Friday, November 28, 2014

Sebuah Kerinduan

Nura memerhatikan jam di dinding, sudah dekat 12.00 makan, arghh... dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu juga menjadi katilnya malam ini.

2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya.

"Eh! Abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura."

"Takper la.. Abang dah makan tadi. Jomlah kita tidur di atas". Jawapan yang mengecewakan Nura.

"Arghh...rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ke apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura dalam hati.

"Abang naiklah dulu, Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu". Pinta Nura sambil menuju ke dapur. Gugur airmata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta. Kecil hati dan sedih perasaanya. Nura ambil dua keping roti, sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur.

Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihat suaminya terlelap.

"Sampai hati abng tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abng pada Nura", bisik hati kecilnya. Arghh.. rindunya Nura pada abang.

"Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang".


Selesai solat Subuh, Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tersinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan khusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.

"Assalammualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat.
"Waalaikumsalam, sayang:. Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?". Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendah cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hinhha ke muka pintu. "Abang, Nura belum cium tangan abang. Abang belum kucup dahi Nura", kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. Argghh rindunya Nura pada abang.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Mi, semalam pukul berapa kau balik?' tanya Zikri.

"Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh.

"Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam jumaat ler, kesian bini kau." Zikri bergurau nakal..

"Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi  makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur." Balas Hilmi.

"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir ni kau sengaja je cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?" Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke Universiti malah sekarang bekerja sebumbung.

"Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah", terang Hilmi.

"Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri.

"Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihat saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat begini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu. Tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nura menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir.

"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". Tanya Nura 5 tahun yang lepas.
"Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan InsyaAllah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang abang buat Nura," Janji Hilmi.

"Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?" Tanya Nuta lagi.
"Syyyyy... Doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah. InsyaAllah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri". Hilmi meyakinkan Nura.

Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan trasional. Arrghh...rindunya Nura pada abang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salah Nura, dia tidak minta semunya berlaku. Isterima mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi...." ayat Hilmi terhenti di situ.

"Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?" Celah Zikri.

"Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya. Duduk rumah sahaja, sunyi.... tapi sejak akhir-akhir ni, perasaan aku jadi tak tentu arah, aku simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan akan bertukar sebaliknya", terang Hilmi.

"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?" tingkas Zikri.

"Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ini akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku takut simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan." Jelas Hilmi.

"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?" kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "Apa kata korang ambil anak angkat?"

"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising. Mereka suruh aku kahwin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup". Ujar Hilmi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nura masih menanti. Selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli-belah atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk rumah orang tua Hilmi di kampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan ipatnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya.

Sebolehnya, setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya, dia akan bawakan buah tangan untuk mereka. Biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka. Itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga, dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini.....arrgghhh... rindunya Nura pada abang.

Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing. Dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi. Dia masih cuba memasak sesuatu yang istimewa untuk Hilmi bila dia pulang nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi. Arrgghh... tak apalah, demi suami tercinta.

"So you dah tahu I dah kahwin, tapi u masih sudi berkawan dengan I. Kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" Tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu, Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang-kadang teman makan malamnya.

"I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan U," Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Abang, Nura tak berapa sihatlah bang, rasa macam nak demam saja," adu Nura pagi itu, sebelum Hil ke pejabat.

"Ye ke? Ambil duit ni, nanti NUra call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni." Jawab Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam, Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura. Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua biji panadol, dia terus berbaring.

Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk. Kepanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.

Malam itu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada di depan mata setiap hari.

Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkans egala rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang di tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.

"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya.

"Nura, dah lewat sangat. Esok sajalah. Abang letih," bantah hilmi.

"Tapi esok pun abang sibuk juga, abang tak ada masa dan abang akan balik lambat. Nura tak berpeluang abang". Ujar Nura dengan lembut.

"Eh... dah pandai menjawab," perli Hilmi.

Meleleh air mata Nura dan Hilmi rasa bersalah. Hilmi bertanya apa yang Nura nak bincangkan.

"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni?" tanya Nura.

"Nura, abang sibuk kerja cari duit. Dengan duit itu dapatlah kita bayar rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya. Faham?" Hilmi beralasan.

Nura agak terkejut. Selama ini Hilmi tidak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya, "dulu abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura.

"Sudahlah Nura. Abang dah bosan, pening. Jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi.

"Sampai hati abang abaikan Nura. Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan?" dan Nura terus bercakap dengan sedu sedan.

"Sudahlah Nura. Abang dah bosan. Jangan cakap pasal tu lagi, abang tak suka. Bosan betul..."

Pagi itu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamya pula kian menjadi-jadi.

Malam itu, Hilmi terus tidak pulang ke rumah. Nura menjadi risau. Telefon bimbit dimatikan. Nura risau. Dia tahu dia bersalah dan dia akan memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk.

Tetapi malam itu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. Demam Nura pula makin teruk dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik sebab sudah tidak tahan lagi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Abang pulanglah abang, pulanglah... Nura ingin beritahu perkhabaran ini. Pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti. Bila masuk hari ketiga, dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon disambut oleh Zikri.

"Syukurlah Nura kau telefon aku. Ada perkara aku nak cakap ni. Boleh tak aku jumpa kau?" tanya Zikri.

"Eh, tak bolehlah. AKu ni kan isteri orang. Mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku. Berdosa tau," tolak Nura.

Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan, bisik hatinya.

"Oklah kalau macam tu. AKu pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku. Boleh?" pinta Zikri.

"Ok. Kalau macam tu tak apalah. Aku pun dah lama tak jumpa mak kau. Last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan?" setuju Nura.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Eh, kenapa pucat semacam ni?" tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh makna dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan.

Segera Mak Siti mendapatkan Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah.

"Nura, aku anggap kau macam saudar aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan. Aku harap kau tabah dan tenang. Sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni. Kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah. Cubalah selamatkan rumah tangga korang." Terang Zikri.

Nura menangis semahunya di bahu Mak Siri, rasa hampit luruh jantung mendengarkan penjelasan itu Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun masih gagal.

Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting. Dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya.

"Ya, betul apa yang Nura dengar tu. Dan kami akan langsungkan juga. Abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang. Mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tak lepaskan Nura kerana mereka juga sayangkan Nura. Dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri. Walau apa pun  persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura." Janji Hilmi.

Nura sayu mendengar dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hilmi masih menanti di luar. Rasa amat bersalah bersarang di kepala. Sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.

"InsyaAllah En Hilmi, dua-dua selamat," terang doktor pada Hilmi.

"Dua-dua apa maksud doktor?" tanya Hilmi.

"Dua-dua ibu dan bayi dalam kandungan itu. Tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh. Saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran. Tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru bayi dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.

"Ya Allah... Nura mengandung. Ya Allah... Berdosanya aku pada Nura," kesal Hilmi. Malu rasanya untuk menatap muka Nura.

"Kenapa Nura tak bagitahu abang yang Nura mengandung?" eksal Hilmi.

"Nura memang nak bagitahu abang. Tapi bia abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan tu, Nura tak sampai hati bang. Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura.

"Nura, sebenarnya abang belum bertunang dengan budak tu. Abang cuma sekadar berkawan sahaj. Belum pernah abang bincangkan soal kahwin lagi dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan itu lagi kerana abang akan jadi ayah tak lama lagi." Janji Hilmi.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Mama, kenapa mama buat tu. Biarlah mak yang buat," marah Hilmi bil amelihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital, mertua dia meminta Nura tinggal saja di rumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melalukan sebarang kerja. Bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.

"Ala... Papa ni. Biarlah mama buat. Sikit sajalah." balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni.

Dengan pengawasan rapi doktor, setiap dua tiga sekali Nura akan melakukan pemeriksaan dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat di hospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari, Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia. Ternyata bayi yang dikandungnya membawa sinar. Amat berharga kehadiran dia nanti. Sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital. Sanggup menelan berjenis ubat dan sanggup disuntik apa saja semunya demi bayi itu.

Kandungan sudah di penhujung 7 bulan. Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setiap tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura kera bimbang berlaku pertumpahan darah. Dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius. Lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu danayahya. Dia panik sekali namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana, Hilmi makin risau. Setengah jam kemudian doktor keluar.

Hilmi meluru "doktor, bagaimana isteri saya?" Hilmi terus bertanya.

"Sabar. Kami telah cuba sedaya upaya. Tahniaha anak encik selamat. Encik dapat anak perempuan seberat 2.1 kilogram dan kini kami cuba sedaya upaya selamatkan Puan Nura Ain." Terang doktor.

"Apa maksud doktor?" Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar.

"Begini, dia kehilangan banyak darah. Kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu dan masih berusaha. Namunrahimnya terus berdarah dan kami memohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." Jelas doktor.

"Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ermmm.. lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepa Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Harini ini genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi. Semalam dia mimpikan arwah ibunya datang menjenguk dia dan Syuhadah. Tanpa suara dia menjadi seorang perindu, dia rindukan ibunya dan diceritakan perkara itu pada Hilmi.

"Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia dan dia amat gembira." Pujuk Hilmi menenangkan Nura.

"Abang... tolong Nura bang!! laung Nura dari bilik air.

"Ya Allah... Nura kenapa ni?" Hilmi ketakutan. "Mak....tolong makk....makkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya di dapur.

"Cepat bawak Nura pergi hospital. Cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Maaf, dia tidak dapat kami selamatkan. Terlalu banyak darah yang keluar dan kami tidak sempat berbuat apa-apa. Dia terlalu lemah dan akhirnya dia 'dijemputNya'" terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu.

Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya.

Demi membahagiakan papany, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dipisahkan dengan ibunya hanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu. Hilmi mendukung syuhadah dan memujuk bayi kecil itu. Akhirnya dia terlelap di dakapan papanya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Abag yang Nura rindui,

Abang, maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik untuk abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang. Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana tidak mampu memberikan zuriat buat abang. Tapi bang, kani ni doa Nura dimakbulkan dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kepayahan demi zuriat ini bang.

Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setiap katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang. Tapi Nura merasa setiap tendangan dia abng. Nura bahagia, cukup saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja, Nura redha bang. Siapa Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu bang.

Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamnya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istimewa. Dan andainya maut memisahkan kita, Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha.

Syukurlah sekurang-kurangnya Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi ibu walau cuma seketika.

Andai apa yang Nura takutkan terjadi dan bayi ini dapat diselamatkan, Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan, dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.

Abang yang Nura rindui...

Dulu sewaktu rumah tangga kita dilanda badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang tapi Nura tak berkesempatan. Dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang....

Nura rindukan abang.... Nura rindu sangat dengan abng... rindu bang... rindu sangat...

Sekian,

Ikhlas dari nurani isterimu.

lamanya x update blog. actually xtau mau tulis apa.. lama x mengarang.. bz dgn kehidupan di dunia realiti..   oh ya.. beberapa bulan lalu, a...