Friday, October 29, 2010

AKU - KAU BERBEZA... AKU - KAU ISTIMEWA...

BACA DENGAN TELITI N HAYATI DALAM HATI


LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sndiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kna tnggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yang ada anak pompuan ramai kena ingat ni... pastikan anak solat, tutup aurat, etc) n dosa anak lelaki yg belum baligh.. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yg tua, manakala prempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik, pahala dapat kepadanya.. kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.. BERATKAN??

Suami kena bg nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupn begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih² lagi menggunakan pendapatan isteri tnpa izin.

Bayak lagi lelaki lebih² lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa² yg ditanggungnya seperti gunung dgn semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa org perempuan lebih pnjang drpd lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dgn beratnya dosa² yg ditanggung (ikut kajian laa...jgn prcaya sgt)

Tapi org lelaki ada keistimewaannya yg dianugerah oleh Allah SWT. Ini org lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA 

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu minta izin dr suaminya apabila mahu keluar rumah tapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kpd suaminya tapi suami tak perlu taat pd isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yg mahal harganya akn dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yg tersorok dan selamat. Sdh pasti intan permata tdk akan dibiar bersepah² bukan? Itulah bandingannya dgan seorang wanita.

Wanita perlu taat kpd suami tapi lelaki wajib taat kpd ibunya 3 kali lebih utama dr bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dr lelaki tapi harta itu mnjadi milik peribadinya dan tdk prlu diserahkan kpd suaminya, manakala lelaki menerima pusaka prlu mnggunakan hartanya utk menyara isteri n anak².

Wanita perlu bersusah payah mngandung dan melahirkan anak, tapi setiap saat dia didoakn oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3. anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana² pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kpd ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap n sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tp ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dgn sebab itu DIA mngangkat kamu mnjadi pemimpin... maka dgn keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya.. supaya kelak masing² lelaki dan wanita dpt pulang mengadap Allah dlm keadaan istimewa disisiNYA..

"Brpeganglah kamu sekalian dgn tali Allah dan jngnlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu brmusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dgn segera kamu telah mnjadi brsaudara dgn sbb nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pd hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akn sgala yg telah dikerjakannya dan yg telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya mnjadi saksi terhadap dirinya sndiri, wlupun dia berperi-peri mmberikan alasan untuk membela diri "

p/s : yg benar itu adalah dari Allah swt n yg kurang itu adalah dari kelemahan kita yg nyata.

Salam Ukhuwah..~

lamanya x update blog. actually xtau mau tulis apa.. lama x mengarang.. bz dgn kehidupan di dunia realiti..   oh ya.. beberapa bulan lalu, a...