Wednesday, June 18, 2008

Pahala Terakhir Seorang Isteri



Kisah Benar - Petikan dari majalah NUR - cahaya keinsafan.. untuk renungan bersama..

Peristiwa yg menimpa diri saya kira² dua tahun yg lalu sering datang meragut ketenangan yg cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yg telah dilakukan. Kesalahan yg disangka ringan, tetapirupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yg tidak pernah berkesudahan sehingga ke hari ini.

Ingin saya paparkan peristiwa yg menimpa diri ini utk tatapan anda sekalian untuk dijadikan teladan sepanjang hidup.

Di kalangan sahabat² dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yg baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yg begitu taat berbakti kpd suami.

Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumah tangga seperti melayan suami da menguruskan anak² tidak pernah saya abaikan. Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yg amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluargam ringan tulang utk bersama² menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain² sifat yg baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik utk mengeratkan ikatan kekeluargaan dgn sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi takzirah dan peringatan kpd kami agar menjadi hamba yg bertakwa.

Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yg harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata² utk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dgn kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yg kosong melainkan dgn diciptakan Hawa. Oleh itu, saya mengaggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak² dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayan suami. Sebagai seorang yg sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi say bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dlm rumah tangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih sayang antara satu sama lain kerana masing² dpt menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing².

Sehinggalah tiba pada suatu hari yg mana pd hari itu datangnya ketentuan Allah yg tidak dpt diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dgn beberapa org pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yg perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap² utk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapt digambarkan. Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak² bermain danbergurau-senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing² penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoren makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak² menyetujuinya. Kami pulang agak lewat, kira² jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual panjang ketika makan. Seperti tiada lagi hari utk esok. Selain anak², suami sayalah orang yg kelihatan paling gembira dan paling byk modal utk bercakap pd mlm itu. Hampir jam 12 barulah masing² merebahkan badan di katil.

Anak² yg kekenyangan segera tidur. Sy pun hendak melelapkan mata tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya mencumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kpd saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dlm hati saya krn sy telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan² melepaskan rangkulannya.

Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yg tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya mendpt panggilan yg tidak dijangka sama sekali. Panggilan dari pihak polis yg menyatakan suami saya terlibat dlm kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital , tetapi segala²nya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dgn pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dpt dikikis dari hati saya krn tidak melayaninya pd mlm terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir utk sy sebagai se4orang istero. Dan lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pd mlm itu, maka sy tidak berpeluang lg utk meminta maaf daripadanya.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yg jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yg mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba² di tolak oleh isterinya, maka malaikat yg di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan oleh suaminya."

Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah.

Hanya satu cara saya fikirkan utk menebus kesalahan itu, iaitu dgn mendidik anak² agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kpd ayah mereka. Hanya itulah khidmat yg dpt saya berikan sebagai isterinya.



No comments:

lamanya x update blog. actually xtau mau tulis apa.. lama x mengarang.. bz dgn kehidupan di dunia realiti..   oh ya.. beberapa bulan lalu, a...