Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat
Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam
senarai jemaah yg akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.
"Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup
tiga ribu lagi. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,"
beritahu pegawai itu lagi.
"Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak
Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.
Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.
"Pah... oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.
"Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.
"Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini
akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak sabar betul
saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, " cerita Pak Uwei dengan
wajah berseri-seri.
"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak
dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai."
"Betullah Pah oii... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji.
Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat-lewatnya
minggu depan."
"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu
pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam
seribu." Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.
"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah
mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja." Wajah
Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yg dua orang itu tidak
akan menghampakan harapannya.
"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita
berunding," cadang Pak Uwei.
"Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yg pergi dulu. Tak elok
kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak
ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan
Pak Uwei.
"Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan
mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh
lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang
Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni."
Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.
"Tapi bang?... "
"Dahlah... pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu
hala. Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah
melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia
akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya
menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.
"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm... abah nak Kis suruh Intan
balik sama?" tanya Balkis.
"Ikut suka kaulah, bagi abah yg pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada
ke tidak ke, sama aje. Balik ya?... ," balas Pak Uwei.
Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar panas
bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya
itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz
dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah
tidak menjawab tidak sah. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala
Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini
hubungan mereka seperti orang asing.
"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung
belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak
bekerja kilang.
"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang.
Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak uwei.
"Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak
tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh
dari mak bapak, bolehlah buat apa yg kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?"
"Itulah abah, selalu nampak yg buruk aje. Bukan semua yg kerja kilang
duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok
pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah." Intan
cuba membuat abahnya faham.
"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau
tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah macam kau ni!"
"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus
terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kata
belakang," balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada abahnya.
"Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi,
pergi... aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?, telangkup ke?, gasak
kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!!"
Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yg
Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap
selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit
tapi hanya kpd maknya sahaja.
Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula
dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan malam
dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu.
"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit," Pak
Uwei memulakan bicara.
"Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yg duduk di sebelahnya.
"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai.
Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta Kau dan
Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei
mengutarakan hasratnya.
"Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje
keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az
ikhtiarkan," ujar Muaz.
"Tapi... pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera
selewat-lewatnya minggu depan."
"Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling
tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan
budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah.
"Kau beli rumah lagi?., Rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya
PakUwei melindungi kekecewaannya.
"Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat kami sebab budak-
budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak
rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz.
Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. "Kamu macam mana
Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki
durian berbuah kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling Pada Balkis.
"Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit
simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham
ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi."
Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.
"Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh.
Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit
pinjaman."
"Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan
sendiri baru elok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu
yg menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dgn Intan, Pak Uwei terasa
bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yg diharap-harapkan
menghampakannya.
"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi
seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara
cuba meredakan keadaan.
"Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!. Tak payah saya
tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi... dah
tak ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun masuk ke bilik
meninggalkan anak-anaknya dgn rasa kesal.
Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak
menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat
kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya
begitu.
"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila
Intan tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya.
"Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil
mencapai kain selendangnya.
"Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat Mak Pah
bersiap-siap.
"Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat ubi
kegemarannya." Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan
sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.
Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.
"Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?"
"Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye."
"Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak
Pah.
"Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula
abah tu. Intan pergi dulu." sambil mencium tangan Mak Pah yg menggeleng
kepala memerhatikan Intan berlalu pergi.
Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yg keras hati, membuat
anaknya itu menyisihkan diri.
Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang
menikmati juadah tengah hari.
"Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama.
Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api."
"Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak
bertangguh mencapai pinggan.
"Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang
lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit. Selesai
mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan
mak dan abahnya yg sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca surat
khabar. Mak Pah pula melipat kain.
"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni... ," ujar Intan
menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan surat khabar yg dipegangnya kemudian
menanggalkan cermin mata yg digunakan untuk membaca.
"Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal Pak Uwei merenung Intan.
Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya.
Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak
sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yg hilang dulu mula menyatu.
"Abah ni... ke situ pulak...."
"Habis tu?"
"Ini... Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni, resit
memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu
untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri
doa selamat sebelum berangkat nanti." Intan memasukkan duit itu dalam
genggaman Pak Uwei.
"Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di
tangannya bagai tidak percaya.
"Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik
peluh Intan yg halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan
abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun Intan
selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan
baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu
kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah
banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak
kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yg sesuai. Intan harap,
abah sudi terima pemberian yg tak seberapa ini dari Intan," tutur Intan
perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yg sudah berkedut dimamah
usia.
"Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah
selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yg memegang jawatan tinggi tapi akhirnya
anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei sambil
mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yg selama ini dimusuhinya.
"Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi.
Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan."
"Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan..."
ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.
"Hah... tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni,"
Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.
"Mak ni... ," gelak Intan memandang abahnya yg tersengih.
Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang
menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira
bercampur hiba.
"Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya
memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.
"Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana
nanti?"
"Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang
penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna."
"Hah, awak dengar tu... kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak
membeli-belah, " tambah Pak Uwei yg turut mendengar perbualan dua-beranak
itu.
"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu
yg Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat," pesan Intan
sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak
dengan permintaan Intan itu.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
* * * * * * * * * * * * * * *
Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei
mengerling Mak Pah yg lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan
ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati.
Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya.
Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah suci. Intan tidak berkata
sepatah pun tapi bagai memberitahu yg dia akan pergi jauh.
"Kenapa resah aje ni, bang?" Mak Pah terjaga.
"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak
kita."
"Sabarlah, dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.
Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.
"Mak... abah... ," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian
abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju.
"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau
mencari wajah Intan.
"Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis
sambil mencium tangan Pak Uwei. "Intan pun tak datang juga ke?" Tanya
PakUwei terasa hampa.
"Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah." Mak Pah
menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya.
Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak
Uwei. Mak Pah yg melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yg tak
kena.
"Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia
panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati."
cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz diam sambil mengerling Azman yg sedang
memandu.
"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yg bagi dia duit,"
balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.
"Tapi, abah rasa macam ada yg tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu,
abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap
pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?"
"Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak
haus," ajak Azman menukar tajuk perbualan.
"Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak
Uwei.
Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru
memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yg bertakbir menambah
sayu. Semua yg ada menitiskan air mata.
"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan
ibubapa mentuanya.
"Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?"
Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.
"Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah.
"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun
memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan.
Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil yg bercadar kain
batik lepas. Dadanya bergetar.
"Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara
yg menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.
"Sabar abah... ," Muaz menggosok belakang abahnya.
" Kenapa Az ... kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari
pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.
"Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya
yang terduduk lemah.Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah
terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. Pak
Uwei duduk di tepi kepalanya.
"Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergipun dalam
keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah
tertunai," pujuk Long Semah yg masih belum pulang.
"Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak
akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala
salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta
kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah.
"Bila dia meninggal? Siapa yg mengadap masa nazaknya?" tanya Mak
Pah tersedu sedan.
"Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak. Sebenarnya
dia yg ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah sebelum mak dan abah
balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat
Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital
tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia
meninggal subuh hari Jumaat mak..... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan
yang cukup tenang mak," cerita Muaz.
Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk
erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai
terdengar-dengar suara Intan berpesan, "Intan tak nak mak dan abah belikan
satu apa pun dari sana . Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan
bahagia di dunia dan akhirat.."
Sunday, December 16, 2007
Tuesday, December 11, 2007
MeMeLiHaRa CinTa SeJaTi
Cinta bukanlah daripada kata-kata tetapi segumpal keinginan yang diberikan
kepada hati yang memerlukan. CINTAILAH seseorang itu atas dasar siapa dirinya
sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak
perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.Sememangnya
hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang
yang kita cintai sukar diperoleh. Ikuti tip bagi memelihara cinta sejati.
1. Pilih pasangan yang sesuai
Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: "Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?" Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.
2. Jangan terburu-buru
Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.
3. Percaya akan kelemahannya
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, 'saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik," percayalah dia.Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; 'adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.'
4. Tutup mulut
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.
5. Terima seadanya
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. Bukan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu.
6. Jadi pemerhati
Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.
7. Buktikan siapa diri anda
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.
8. Mr. Right kembali
Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan? Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.
9. Bukan perigi cari timba
Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.
10. Hargailah diri sendiri dan pasangan
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya
1. Pilih pasangan yang sesuai
Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: "Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?" Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.
2. Jangan terburu-buru
Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.
3. Percaya akan kelemahannya
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, 'saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik," percayalah dia.Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; 'adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.'
4. Tutup mulut
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.
5. Terima seadanya
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. Bukan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu.
6. Jadi pemerhati
Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.
7. Buktikan siapa diri anda
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.
8. Mr. Right kembali
Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan? Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.
9. Bukan perigi cari timba
Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.
10. Hargailah diri sendiri dan pasangan
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya
Saturday, December 1, 2007
eksiden
td aku n geng p rumah abg manan kat lok kawi
country height.. dia eksiden masa aku bercuti hr tu.. aku baru nak buat lawak
masa dia buka ja pintu tu.. apa tak tgn mcm org baca doa.. aku tak pasan.. tp
sian bila tgk keadaan dia mcm tu.. dah r bdn kurus keding.. luka balut sana
sini.. tp apa pn dia ttp maintain hensem..
dan bila pompuan tu kena buat cara pompuan gak r..
aku n emi kena suh buat minuman.. dapur kami korek.. buat nescafe ja.. then
kami lepak dekat 2 jam.. abg manan crita camna dia eksiden.. crita psl ofis n
dot dot dot...
pas dr uma abg manan, abg muttalib ajak p uma dia
lak... kat sana lepak lebih sejam.. adoiii.. mmg penat.. dah la baru balik keje
jam 8 pg tu.. tp sbb nak hormat org yg lebih tua, kita suma tahan r... walaupun
mata masa tu mcm colorlite.. kepala pn pening semacam.. tahan ja la..
nak dekat 12 tgh hari baru aku sampai rumah.. apa
lg terus cari katil... tido..
Subscribe to:
Posts (Atom)
lamanya x update blog. actually xtau mau tulis apa.. lama x mengarang.. bz dgn kehidupan di dunia realiti.. oh ya.. beberapa bulan lalu, a...
-
STYLE, LUXURY , an INNOVATIVE DESIGN and above all, SPEED ... These cars have it all and much more. Actually, the most expensive car ...
-
Berdasarkan cerita Back to The Future part 2, kononnya lagi 3 tahun kita akan mula menggunakan kereta terbang macam DeLorean dibawah? M...
-
Lagu : Aduh Saleha Penyanyi : Mawi Komposer : M. Nasir Penulis Lirik : Rosli Khamis ADUH SALEHA [Rintihan ku kpd org-org...