Thursday, April 4, 2013

Kereta Model Dahulu VS Kereta Model Sekarang



Mana lebih cantik? Kereta rekaan lama atau rekaan baru yang lebih moden? Personally, kereta barat rekaan lamanya lebih timeless tetapi bagi kereta buatan Asia rekaan baru lebih menarik. 







 



Konsep Lampu Futuristik Oleh Audi


Audi ialah syarikat kenderaan yang mempopularkan penggunaan daylight running lights pada kenderaan buatan mereka. Kini kita boleh lihat banyak syarikat lain seperti Volkswagen contohnya meletakkan rampu siang hari pada kenderaan mereka. Nampaknya Audi mahu memulakan trend baru dengan konsep lampu kenderaan futuristik mereka. Audi merasakan kenderaan masa hadapan memerlukan lampu yang lebih besar yang boleh meningkatkan keselamatan. Sebagai contoh lampu isyarat membelok diletakkan pada keseluruhan tepi kenderaan. Tiada lagi alasan anda tidak perasan kenderaan di depan anda menggunakan isyarat membelok ketika memasuki simpang. Selain itu lampu brek menyala mengikut betapa kuat anda menekan brek bagi membolehkan anda meneka berapa banyak tekanan yang harus anda lakukan untuk membrek. Laser pada lampu belakang pula menunjukkan jarak minimum yang perlu anda patuhi ketika mengekori. WoWoWoW!!

Thursday, March 28, 2013

Ukiran Dari Buku Terpakai Guy Laramee



Guy Laramee kembali lagi dengan ukiran yang lebih menakjubkan untuk pameran seni beliau bertajuk Guan Yin. Seriously, ukiran beliau nampak seperti landskap dunia sebenar cuma dalam versi miniatur. Kreatif!!!





Wednesday, March 27, 2013

Kereta DeLorean Back to The Future Versi Lego



Berdasarkan cerita Back to The Future part 2, kononnya lagi 3 tahun kita akan mula menggunakan kereta terbang macam DeLorean dibawah? Model berskala 1:15 kereta mesin masa BTTF rekaan Orion Pax ini sangat awesome. Tayar boleh lipat dan siap dengan Mr Fusion. Cool !!! WoW!! Agaknya di mana boleh dapat benda ni??




lamanya x update blog. actually xtau mau tulis apa.. lama x mengarang.. bz dgn kehidupan di dunia realiti..   oh ya.. beberapa bulan lalu, a...