Thursday, June 14, 2007

5 SEBAB MENJADIKAN BER“COUPLE” HARAM


emel dr seorang teman

Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan (couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya:

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA

Sesebuah perhubungan ‘istimewa’ antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yg baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yg tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.


KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA

Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber“dating”, ber“shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap ‘caring’ seperti memanggil “darling” kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yg paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan: "sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram". Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.


KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA

Apabila pasangan yg bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yg mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yg di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.


KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR


Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup men“top up” handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yg sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Isra’ ayat 27)


KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA


Seperkara yg wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yg amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dgn perbuatan-perbuatan yg ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)


------------ -----
"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan. "

Tuesday, June 12, 2007

living in a box

hari ni aku happy sgt²... coz td ex-lecturer aku ym aku.. weeeeiii~!! lama tak borak ngan dia.. terus terang aku mmg rindu kat dia becoz dia fav lecturer aku.. hehehhe... insyaAllah ujung tahun nnt dia mau kawen.. aku hrp dia tak lupa jemput aku..

pastu td aku kol hp pekak adeq... best dgr dia bebel.. hahaha.. siap dgrkan lagu industan lg.. miss u so badly deq..

Monday, June 11, 2007

biru mata hitamku

kiok betul aku hr ni... mo set komen punya psl... abis html code aku belek.. saket mata... rupanya just masuk comment setting... hahahaha... lambat betul otak aku pickup benda ni.. takpa²... so mie n rini... korang try la komen.. korang punya psl la mata aku saket.. adehsSs..

nnt aku nak try set background pic lak.. chaiyOk~!!

bicara semalam

hr ni aku penat.. d ofis x bz, tp otak lak penat.. tataw napa.. aku byk guna otak kot.. td ada org msg aku kat myspace.. tergelak aku baca msg dia.. hahaha... x logik betul... dia bg msg ni


rom:
http://www.myspace.com/jeffsiddek
Date:
Jun 10, 2007 10:07 AM
Flag as Spam or Report Abuse [ ? ] Date Sent: 6/9/2007 6:07:00 PM
Subject:
hiiii
Body:
haii,how r u? i love all ur pic...nicely done,..u shud take up modelling...who's knoe mayb u r the next era fazira ....anyway beautiful,..Im jeffsiddek,...u can col/sms me 019 2023 979 or add me in ym jeffsiddek@yahoo.co.uk let b frens and open new doors..thks


kelakar kan?? huahuahuahuahua...


aku mau letak sajak aku lg.. sajak ni takda kena mengena gan idup aku...


BICARA SEMALAM [Nazilah Amidin @ Ninong]

Bicara semalam..
diselaputi berjuta kepalsuan
walau ku sedar kau menyedari
tanpa secalit keraguan
kau ku yakini

Bicara semalam..
mengungkap beribu persoalan
bukan aku tapi dirimu
jambatan kasih ku musnahkan
dan kau makin keliru

Bicara semalam..
mengundang pelbagai duka
melempar segala suka
bukan aku meminta
namun semua yang berlaku di luar duga

Bicara semalam..
tak daya ku huraikan
walau dirimu ku rindu
namun segalanya ku pendamkan
demi sayangku padamu

Saturday, June 9, 2007

ketam

weeiii~!!! kelmarin kat ruma mama mkn ketam... hr ni mkn ketam lg... mmg favourite aku.. aku ni pantang jumpa ketam.. mesti aku sapu bersih... best siot...

now nak p mandi.. jap lg kena p keja.. cau cin cau...

lamanya x update blog. actually xtau mau tulis apa.. lama x mengarang.. bz dgn kehidupan di dunia realiti..   oh ya.. beberapa bulan lalu, a...