Tuesday, February 26, 2013

Kenali 5 Sikap Wanita Melalui Bantal


 Wanita merupakan insan yang dicipta oleh Allah sebagai teman kepada seorang lelaki. Hadirnya sebagai penyeri, dan lambang kepada kehidupan yang harmoni. Wanita terkenal dengan sikap mereka yang penyayang, sensitif dan lembut tetapi kadang-kadang “unpredictable” juga. Tahukah sikap seseorang wanita itu dapat diketahui hanya dengan melihat aksi mereka dengan bantal mereka. Jom kita baca 5 sikap wanita dengan bantal.

1) Memeluk Bantal
 
-Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja .
-Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
-Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
-Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.
-Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.



2) Menggunakan Banyak Bantal
 
-Mereka biasanya kurang kenyakinan.
-Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
-Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.



3) Tidur Dengan Satu Bantal
 
-Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
-Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

 
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
 
-Mereka mempunyai sifat kurang baik.
-Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
-Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
-Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
-Mereka tdk suka berusaha.

 
5) Tidur tanpa Bantal
 
-Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
-Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.


 

#JustForFun#

Friday, August 10, 2012

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah...

♥ supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
♥ supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.
♥ supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita.
♥ supaya kita sedar bahawa Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang, kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita di masa hadapan.
♥ supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
♥ supaya kita menjadi manusia yang hebat jiwanya.
♥ supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.
♥ supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.

Wahai sahabat yan kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta.. Fahamilah bahawa kehidupan kita semakin ke penghujungnya. Hari esok kita pun kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Darah

Hidung aku berdarah lagi... haiyaa...tried to make it stop tp itu darah degil. Now sumbat sikit guna tisu...tidak batal puasa bha kan? huhuhu...sumbat ujung2 jak...sudahla darah kurang, now hidung pn rajin keluarkan darah. dr semalam kepala asek pening...mayb sebab kurang tido...al maklumlah, nak raya kan...ramai pinjam aku kemas rumah n pasang wallpaper dorang...insyaAllah malam ni sambung buat tempat bu noi lg...plan tido d sana jak...so tak payah kabut mo sahur lg..

semalam kami sekeluarga berbuka di Masjid Bandaran, Likas.. Thanks to mama tua coz sediakan table utk kami... pas berbuka, terawih kat sana...malam ni insyaAllah p kenduri tahlil arwah pakcik Pisingan pula. Hopefuly aku dpt bertahan...now pn sdh rasa weak... mana taknya, sudah ar skrg ni aku sorang jak standby d opiz.. kak lizah cuti, marini lak cuti bersalin... pening terkejar2 5 buah telefon, mana lg mo atur Talk To Us...blm lg SMP n report aku yg lain2...aduoiyaaa... tp alhamdulillah, td audit 5S, department kami dpt Cemerlang...last minute punya kerja...tak sangka ble dpt 84.26%...alhamdulillah...

Serangan jantung dan minum air suam

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan  Jantung...  

Masyarakat Cina dan Jepun minum minuman panas ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan.

Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal.. Ia akan selari dengan enzim intestine.. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser.Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.


Petanda Lazim Serangan Jantung Amaran berkenaan serangan jantung 

Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada.. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim.

60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa.. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Posisi tidur menurut Islam dan Sains

Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-


Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

"Seseorang yg tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gump alan belakang badan yang besar yang mengh alan g dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah 'Times' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)


Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara...

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.


Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.


Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.


Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Rujukan: Mausuah al-I'jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus.

Moga ada manfaat

Thursday, August 9, 2012

Puasa..Raya...Hidup

Tak lama lagi hari raya menjelma.. InsyaAllah... Persiapan raya?? adalah buat sket2...kemas rumah macam biasa... kuih tak buat lagi...adik aku cuma ada buat cookies jak...tapi taklah banyak...

Beberapa hari ni kami sekeluarga banyak abiskan masa tolong kemas2 rumah arwah nenek di Petagas... aku n dilla psg wallpaper.. n yang lain tolong alih2 barang.. fuhh...penat juga...tapi berbaloi...besh berbuka puasa di sana...although makanan simple jak, tapi sedap...yang buat sedap, bila ramai2 kumpul berbuka bersama²...

opiz lak...aku makin penat kerja d sini...lebih2 lagi bila disahkan darah aku makin berkurang, aku makin weak...dah try lawan, tp msh rasa lemah...dah tua kot...penat asek makan ubat...benda yang aku tak suka makan...n 27 Ogos ni kena check darah lg...haizzzz...bila la mo abis...inject3...

lately, aku rasa mcm aku teda perasaan sdh...kawan aku dulu (ntahlah sekrang ni kami msh kawan or tak) cari aku bila perlu jak...sedih kan...aku ikhlas berkawan, susah senang bersama...tp tataw la mana silapnya, kami jd mcm stranger...aku juz doakan yang terbaik utk dia...smoga dia berbahagia dengan family tercinta...

Kawin? ntahlah...ramai tanya aku pasal kawin...tp aku blm terfikir lagi...jodoh belum sampai, mo buat mcm mana...sana sini tanya aku psl rd, tp aku pn no komen...kalau ada jodoh kami, adalah...tp kalau tiada, mo buat mcm mana...kena terima...tp Alhamdulillah, family rd suma ok dgn aku...n aku pn dah sayang dorang mcm saudara aku sendiri...

04:37pm...aku pn tataw mo taip apa lg...petang ni mama tua ajak berbuka di bandaran...then terawih di masjid sana..harap-harap sakit semalam tidak berulang lagi

lamanya x update blog. actually xtau mau tulis apa.. lama x mengarang.. bz dgn kehidupan di dunia realiti..   oh ya.. beberapa bulan lalu, a...