Thursday, August 9, 2012

Abah...Pulangkan tangan Ita

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yg membacanya, Setiap kali membaca kisah ni mesti bergenang air mata. Walaupun manusia memang sering melakukan kesilapan.. mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh dimaafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yg dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusjia supaya boleh menilai, menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya.. terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan, sesal selamanya...

Kisah Si Kecil Ita..

Suatu hari Ita terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu berwarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi, kanak-kanak ini pun melakarlah...melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis dibayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah, terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?". Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah lihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu...!" Saya tak tahu Tuan..!"

"Duduk di rumah sepanang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata ‘Ita buat ayahhh.. cantik kan !’ katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. ‘Sapukan minyak gamat tu!’ balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. ‘Ita demam… ‘ jawap pembantunya ringkas. ‘Bagi minum panadol tu,’ balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. ‘Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap’ kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

‘Tiada pilihan..’ katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. ‘Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah’ kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata…

‘Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.’ katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. 

‘Ita juga sayang Kak Narti..’ katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis…. ‘Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,’ katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

“Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda….” 

Dipetik dari: Realiti Alam Perkahwinan



Wednesday, August 8, 2012

Game~~

Okay..ni game aku nampak di fb td...mo jg try..

Cara-caranya adalah...

1. Nickname awak start dgn huruf apa...Contoh 'N' for ninong (nickname aku)

2. Jawab soalan seterusnya mula dengan huruf  N


What is your nickname : Ninong

A four letter word : Nose

A boy's name : Nickhun (nama ni mula2 terlintas di kepala aku :p)

A girl's name : Nazila

An Occupation : Nurse

A Colour : Navy Blue

Something you'll Wear : Necktie (Hentam sajalah labu)

A Food : Naan Bread (lama x makan)

Something found in bathroom : Neutral water (boleh ka tu?)

A Place : New Delhi

A reason for being late : Nap

Something you'd shout : No! No! No!

A movie title : Ngangkung

Something you drink : NESCAFE

A musical group : N'sync

An animal : Night Crawler

A Street Name : Nedham Street (Ni jak terpikir)

A type of car : Nissan

Title of a song : Number one for me [Maher Zain]

Tuesday, August 7, 2012

Khasiat Bawang Merah



Tahukah anda, bawang merah mempunyai banyak kegunaan dan khasiat yang dapat mengelakkan diri anda dari mendapat penyakit. Jika anda tidak suka makan bawang merah, mulai sekarang belajarlah untuk menyukainya kerana selain dari fungsinya menyedapkan rasa pada makanan, ia juga dapat memberi tubuh kita kesihatan yang baik. Berikut adalah khasiat-khasiatnya:
1. Bawang merah dapat mengubati penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman, seperti masuk angin, sembelit dan masalah cacing.

2. Bawang merah dapat memperbaiki sistem peredaran darah dan mengelakkan radang limpa serta tekanan darah. 

3. Walaupun bau bawang merah tidak menyenangkan tetapi sebenarnya bawang merah sangat baik untuk memperbaiki sistem pernafasan. 

4. Bawang merah dapat mengubati penyakit bengkak mata dan mengatasi masalah selaput putih dimata.

5. Jika anda mempunyai bisul sapukanlah bisul anda dengan bawang merah kerana bawang merah dapat membantu meredakan bengkak pada bisul anda. 

6. Bawang merah dapat membangkitkan selera untuk anda yang kurang berselera untuk makan.

7. Jika anda menghadapi kabur penglihatan dan sakit telinga banyakkan makan bawang merah kerana bawang merah membantu mengurangkan masalah anda. 

8. Biji bawang merah dikatakan dapat mengurangkan risiko dari masalah botak
 


 

Wednesday, August 1, 2012

Info Halal : Bulu Khinzir yang dijadikan berus

Untuk pengetahuan rakan2, berus yang murah dari China kebanyakannya diperbuat dari bulu babi… Hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu BABI :-

a) Bulu yang rimbun dihujungnya (senang cerita, bulu BABI ni bercabang dihujungnya).
b) Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
c) Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
d) Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.
e) Bulu BABI ni dipanggil dalam B. Inggeris ‘hog bristles, boar bristles, and pig bristle’

Senang cerita, saya upload gabungan gambar untuk tatapan pembaca.. semoga umat ISLAM sentiasa berjaga-jaga dalam membeli produk berus ni ok…

Cuba tengok gambar sebelah kiri atas,cuba tengok bulu no 10 tu…. itula bulu BABI..

Bulu babi atau babi hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu babi ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

So, hati-hati dan waspada daripada barangan HARAM ni yer… pastikan berus yang anda miliki tidak bercabang..

Senyumlah

Kalau kita buat baik dengan orang, orang itu mungkin tidak berbuat baik pada kita. Kalau kita tolong orang, orang itu mungkin tidak tolong kita. Tapi yakinlah, satu hari dan satu masa, Allah akan hantar orang lain yang tidak disangka-sangka yang akan berbuat baik dan tolong kita.

Pastikan hati kita bersih agar sentiasa bermotivasi dan terus ke hadapan. Jangan lawan fikiran negatif, namun penuhkanlah minda dengan aspek positif seperti kegembiraan, keseronokan, kebahagian, luangkan masa menenangkan fikiran cari kedamaian yang jauh dari mereka yang berhasad, dengki dan khianat. Semakin banyak kita lawan semakin banyaklah yang akan kita dapat apa yang kita lawan tersebut.

Sesakit apa yang kau rasakan dalam hidupmu, setiap kejahatan oleh manusia padamu bukan menjadi alasan bagimu untuk membalasnya, hadapilah dengan sabar. Jangan biarkan ia melemahkan imanmu. Kerana Allah SWT sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar dan Allah sentiasa menolong orang-orang yang lemah dan teraniaya.

lamanya x update blog. actually xtau mau tulis apa.. lama x mengarang.. bz dgn kehidupan di dunia realiti..   oh ya.. beberapa bulan lalu, a...