Wednesday, July 25, 2012

Terima Kasih Ya Ilahi

Terlalu lama ku pendam itu
Tiada siapa yang pernah tahu
Hanya Allah yang satu
Saat siang malam bersilih ku mengadu
Pada mereka, tiada seorang pun yang mengenaliku

Luaran... jelas itulah aku
Perempuan, kawan, jiran, isteri dan ibu
Abstraknya dalaman buat aku keliru
Buntu, menangis, merayu

Ya Allah, Engkau pulihkanlah daku
kembalikanlah seperti dulu
Doa ditutur seredup kalbu
Hanya Allah yang tahu seksanya tubuh 

Andai bisa ku labelkan 'For Display Only'
Akan selesai masalahku
Yang memandang pasti menilai diri
Lantas terus berlalu
Hakikatnya itulah fitrah
Diri sebagai manusia

Ya Rabbul Izzati..
Hanya Engkau yang Maha Mengetahui
Logik tiada rasional sakitnya rasa
Pada yang mencemuh menghina
Tiada yang datang bertanya

Lima belas tahun berperang rasa
Air mata syukur luapan rasa
Kini hanya tinggal sisa payah
Cebisan resah
Yang akan kubilas dengan amalan
Titipan dari kitab suciMu, Al-Quran

Tiba masanya
Perlahan-lahan menyerlah rasa
Jika kutahu hadiah itu yang dijanji
Takkan ku beranjak pergi

Terima kasih Ya Allah
Kuatkan hati tanpa kusedari
Lantaran padunya keyakinan padaMu

Terima kasih Ya Ilahi
Izinkan aku melangkah lagi
Untuk MendekatiMu
Ya Tuhanku...


Biodata Penulis : Azwati Binti Mohd Azmi merupakan seorang ibu yang bekerjaya. Berkongsi karya di http://nettourshop.blogspot.com/


Pujuklah Hatimu




Lelaki mempunyai 1 Nafsu 9 akal manakala wanita mempunyai 9 nafsu 1 akal.  Ramai yang keliru dengan kenyataan menarik di atas namun yang dimaksudkan oleh Imam Ghazali dalam bahasa yang mudah difahami adalah lelaki mempunyai 1 emosi 9 rasional manakala wanita mempunyai 9 emosi 1 rasional. Ini menggambarkan kepada kita bahawa perbezaan peranan yang dimainkan oleh wanita dan lelaki dalam sistem kehidupan. Wanita dan lelaki mempunyai tanggungjawab yang berbeza dan perlu difahami agar sistem nilai tidak pincang dek kerana kurang memahami tanggungjawab masing-masing.




Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan




Jom sama2 perbaiki diri dan tingkatkan kualiti amalan wajib kita..



Hapuskan dendam, bersihkan HATI, luruskan niat




Sedikit mengenai PERIHAL HATI........
Jika kita bergantung penuh pada Allah. kita tidak akan lekas menggelabah. Hati kita akan sentiasa tenang sama ada ketika ditimpa musibah atau ketika mendapat kebaikan.

Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita sentiasalah sucikan hati, memohon ampun dan beristighfar padaNya disamping amalan-amalan sunat yang lain.


crdt : permata kehidupan



Thursday, June 21, 2012

Kasut




 Kita mengeluh bila tiada kasut, kasut lusuh, rosak atau sebagainya. Kemudian kita bertemu dengan orang yang tiada kaki. Apa perasaan kita?

Sentiasalah bersyukur~



lamanya x update blog. actually xtau mau tulis apa.. lama x mengarang.. bz dgn kehidupan di dunia realiti..   oh ya.. beberapa bulan lalu, a...