Sunday, June 6, 2010

Saya Sayang Awak

Hari ni kita gaduh.. Saya main2 tak sms dan call awak.. Saja je nk tgk berapa lama sy leh lupakan awk.. Nk buang jauh2 perasaan sy terhdp awak.. Awk risau. Awk sms banyak kali. Dan tepon. Saya jawab mcm biasa. Tapi masih tak reply sms awak..

Hampir sehari saya buat mcm tuh. Majuks ar konon.. haha.. Last skali, saya kalah.. Rindu lah wak.. Saya pun sms awak :) Awak marah. Tapi saya makin syg awak.. Time sy tak reply awak Mcm mcm awak buat.. Saya berjaya buat bodo.. Tak reply sms awak.. Yeayyy! Saya menang..

Tiba2 saya rindu awak.. Tghari ingat nk kuar ngan awak.. Awk ckp kwn awak dh ajak dulu. Saya sedey.. Awak tau saya tak suka.. Awak nk batalkan jumpa member. Saya tau awak syg saya... Saya tau awak takmo buat saya sedey... Tapi, saya nk awak jumpa kawan awak juga.. Sbb saya tau awak appreciate kawan² awak. Dan paling penting...saya percaya kat awak. Yelah. Awak menang..

Tiba2 saya teringat.. Kali pertama jumpa awak.. Jauh. Jauh sgt dari dunia asal kita.. Time tuh, Saya baring.. Penat.. Saya suruh awak baring sebelah saya.. Selamba badak je saya Kali pertama bau perfume awak.. Saya hampir peluk awak.. Geram.. Bau tu.... Sampai mati saya ingat. Awak... Saya sayang awak!!

Saya teringat lagi.. Time kita baru baru bercinta dulu. Cinta yg mcm nak mati. Awak tau tak sehari saya top up Rm30? Pakai sehari plak tu. Pokai je time tuh :p Awak ingat tak kita borak² 3/4 jam sehari.. Siang malam.. Pagi Petang.. Tapi takpa...sbb awak.. Awak mesti ingat kan :) Eeee...tak reti nak malu time tuh. Setahun dah berlalu... Tapi...saya masih gembira.. Sbb dpt dgr suara awak.. Manja.. Loveable.. Sweet.. Awak skrang milik saya.

Dulu².. Ingat tak.. Awak akan pegi public fon call saya hari2. Time tengah hari. Kadang2 kalu awak tak tepon...saya risau giler. Tapi...awak jarang kecewakan saya. Awak.. Saya betul² sayang awak. Janji eh jgn tinggalkan saya....

Sebelum tido... Boleh kira berapa kali kita tak berborak. Walaupun jauh bukan kepalang... Sebab...kita saling menyayangi.. Terima kasih awak.. Saya sayang awak.. Dan saya takkan berhenti ckp Saya sayang Awak.. Saya nak yg terbaik utk awak..

Saya tau...segala yg bermula akan berakhir jugak. Kalu ditakdirkan kita berpisah saya nk awak tau.. awak lah perkara paling manis pernah berlaku dalam hidup saya. Awak jugak lah yang banyak membentuk saya sekarang. Yang banyak kasi saya motivasi bila saya down. Percaya lah.. Saya tak pernah menyesal kenal awak. Saya akan sayang awak sampai bila2. Saya janji kat awak.
Erm... Awak ingat kan. Awak penah janji takkan tinggalkan saya sampai bila-bila. Awak janji takkan kecewakan saya. Awak pun dah anggap saya mcm family awak. Siap kita penah ikrar dan bersumpah... Tapi awak, saya tak harap semua tuh.... Kita semua manusia wak. Cuma boleh merancang Tuhan yg menentukan.

Terima kasih kat awak.....sbb sayang saya. Sebab buat saya lebih menghargai diri saya. Sebab tak penah gagal gembirakan saya.... Awak, Kalau lah ditakdirkan kita putus.. Salah seorang kita pergi dulu Atau Salah seorang kita sudah berubah hati... Saya nk awak tau.. Saya halalkan segala yg saya penah bg awak. Dan saya mintak awak halalkan segala makan minum saya ...walaupun saya tau awak dah halalkan pun... Saya gak nak awak tau.. Awak akan terus berada dalam hati saya Sebab.. Awak lah sahabat saya... Awak lah kawan gado saya... Awak lah buah hati saya... Awak lah keluarga saya... Awak lah soulmate saya... Dan awak lah segalanya bagi saya.. Saya Sayang Awak!!

Tentang Aku

Meniti hari² yang tak pasti sesungguhnya memberikan kita debaran yang nyatanya cukup meresahkan jiwa.. Kita akan berfikir mengenai masa esok dan yang akan datang.. samada baik atau buruk. Semua tu pasti akan bermain di fikiran kita kecuali bagi yang sudah tidak ada jalan dan arah tujunya. Bukan senang mencari kebahagiaan. Apalagi kehidupan bukan sekadar kita kecap hanya utk kita sahaja. Pasti ianya akan melibatkan org lain.. Siapa? Semua org di sekeliling kita.. family.. kawan2.. rakan sekerja.. sesiapa saja...janji mereka yang sering mewarnai kehidupan kita.

Bercakap tentang cinta, ramai juga member2 aku yg suka cerita masalah cinta dorang dkt aku. dorang tanya aku, macam la aku ni terer sgt.. sekadar buat lawak bodo aku reti ar. Cinta2 ni kureeeng sikit.. huhu.

Actually, ntah napa semenjak dua menjak ni aku jd sentimental...lagu jiwang jugak aku layan.. atau dr dulu aku mmg jiwang??? ntah la...aku pun tatau..hehehhe...well, aku simpulkan bahawa inilah manusia.. perubahan itu akan berlaku luaran dan dalam....cuma perubahan tu sahaja sama ada baik atau buruk.. aku??? biarlah jd diri aku. tak mungkin aku nk jd org lain.. kecuali ingin menjadi baiknya seperti org lain. huhu.. aku ni pun bukannya baik sgt.. byk lg kekurangan dlm diri aku ni.

p/s: apabila cinta tlh berbisik kpd makhluk alam ini, mrk akan menghayati dan menghargai betapa bunyi gemersik alunan ombak yg menghempas ke pantai itu adalah satu alunan irama yg memberikan seribu ilham kpd mereka. Lalu mrk akan menulis puisi ttg dirimu wahai ombak, mrk akan duduk di tepian pantai sambil memerhatikan gerakmu yg singgah ke permukaan pantai, kadangkala mrk akan mencecahkan kaki ke gigi air dan cuba merendamkan jemari ke air dan menikmati iramamu.

Thursday, June 3, 2010

Murid maut termakan gam disangka jeli

Demikian nasib seorang murid tahun tiga, Norawatif Azalela, 9, pelajar Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu di sini apabila dia mati dipercayai termakan gam yg diletakkan dla bekas jeli semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengahari, mangsa anak bongsu daripada 3 beradik dikatakan pengsan di dalam kelas selepas memakan gam tersebut yang disangkakan jeli.

Kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Poliklinik Simpang Kuala namun disahkan meninggal dunia di Poliklinik pada pukul 5 petang.

Cerita bapa saudara mangsa, Rosli Ahmad, 40, mangsa didakwa mati selepas dia memakan gam yang diletakkan dalam bekas jeli oleh rakan-rakan sekelasnya dengan niat untuk bergurau.

"Rakan-Rakan Norawatif mendakwa mereka mahu bergurau dengan memasukkan gam yang digunakan untuk menampal buku ke dalam bekas jeli.

"Namun selepas makan gam yang disangka jeli, Norawatif pengsan," kata Rosli ketia ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar semalam.

Katanya, guru yang mengetahui kejadian itu telah membawa mangsa ke surau sebelum dihantar ke Poliklinik.

Bagaimanapun, jelas Rosli, anak saudara gagal diselamatkan dan mayatnya dihantar ke HSB.

Rosli memberitahu, mangsa mempunyai penyakit asma namun buat masa ini, punca kematian sebenar Norawatif belum diketahui.

Sehari sebelum kematiannya, menurut Rosli, mangsa memaklumkan dia tidak mahu ke sekolah kerana tidak sihat.

"Namun dia pergi juga ke sekolah hari ini (semalam) dan sekolah mangsa hanya terletak di hadapan rumah mangsa," katanya.

Tuesday, January 19, 2010

"JODOH" (cantik msg yg disampaikan )..

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Renungkanlah Sedalam-dalamnya..

Tidak, Jodoh tiada kaitan dgn keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu  dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati  kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?


Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana  perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "



"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

Monday, December 21, 2009

Apakah Jujur Itu?

Jujur adalah sikap berterus terang, berkata benar, tulus & menunaikan hak. Apabila diminta memberikan sebarang pendapat atau pandangan, maka berkata benarlah walaupun ia agak pahit utk ditelan demi kebaikan jangka panjang. Ada ketikanya kita perlu bersikap jujur & berkata benar walaupun ia menyakitkan. Mungkin kita dibenci, disisih, difitnah & dimarah keranasikap jujur itu, tetapi yakinlah dalam hidup ini keredhaan Allah S.W.T itu lebih agung dr keredhaan manusia.

Monday, November 9, 2009

Brilliant ways! How Girls turn Guys down!!

HE: I'm a photographer I've been looking for a face like yours!
SHE: I'm a plastic surgeon. I've been looking for a face like yours

HE: May I have the pleasure of this dance?
SHE: No, I'd like to have some pleasure too !

HE: How did you get to be so beautiful?
SHE: I must have been given your share !

HE: Will you come out with me this Saturday?
SHE: Sorry! I'm having a headache this weekend !

HE: Go on, don't be shy. Ask me out!
SHE: Okay, get out!

HE: I think I could make you very happy
SHE: Why? Are you leaving?

HE: What would you say if I asked u to marry me?
SHE: Nothing. I can't talk and laugh at the same time!

HE: Can I have your name? 
SHE: Why, don't you already have one?

HE: Shall we go and see a film?
SHE: I've already seen it!

HE: Do you think it was fate that brought us together?
SHE: Nah, it was plain bad luck !

HE: Where have you been all my life?
SHE: Hiding from you.

HE: Haven't I seen you someplace before?
SHE: Yes, that's why I don't go there anymore.

HE: Is this seat empty?
SHE: Yes, and this one will be if you sit down .

HE: So, what do you do for a living?
SHE: I'm a female impersonator.

HE: Hey baby, what's your sign?
SHE: Do not enter.

Tuesday, September 29, 2009

so many thoughts, so many emotions..

rasa malas mau p kerja... bukan sbb malas yg 'malas' tp disebabkan 'keadaan yg kritikal' di opiz tu.. haishhhh..bila la mau aman balik...

lamanya x update blog. actually xtau mau tulis apa.. lama x mengarang.. bz dgn kehidupan di dunia realiti..   oh ya.. beberapa bulan lalu, a...